Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

"Kami Keluar Bermaruah" - Bertahan 3 Minggu Saja, Nico G Ada Banyak Plan Selepas Keluar GV8

Amri Hassan
06/12/2021 01:47 MYT
Kumpulan trio hip hop 1990-an, Nico G reda dan akur dengan keputusan juri apabila tersingkir pada konsert minggu ketiga Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) pada Ahad.

BACA: Peroleh Markah Tercorot, Nico G Bintang GV8 Pertama Tersingkir!

Nico G yang dianggotai oleh Nico, Alfa dan Dino percaya pada rezeki dan perancangan Allah, mengakui telah melakukan yang terbaik sepanjang hampir dua bulan bersama keluarga GV8.

"Sepanjang dua bulan bersama dengan GV8, banyak perkara yang kami belajar. Terima kasih kami ucapkan kepada semua dan kami berpuas hati dapat berjuang mewakili komuniti muzik hip hop.

"Nico G telah melakukan yang terbaik dan rezeki kami hanya sampai di sini. Kami akan terus bersama hingga akhir hayat dan berpuas hati dengan keputusan juri. Kami keluar dengan bermaruah.

"Walaupun kami kumpulan hip hop, kami mencuba genre penyanyi solo dan memasukkan elemen hip hop dalam persembahan kami. Cuma rezeki tidak berpihak kepada kami kali ini, tak mengapa perjuangan akan diteruskan," kata Nico G kepada Gempak.

Dalam perkembangan lain, Nico G bakal melancarkan album mini Black Edition yang dilengkapi dengan enam buah lagu daripada pelbagai produser muzik hip hop undergound.

"Kami akan meneruskan projek yang sudah dua tahun terbengkalai dan ada lagi berbaki empat single yang belum disiapkan.

"Dua buah lagu sudah disiapkan berserta muzik video dan rangka promosi. Projek ini terhenti seketika kerana pandemik COVID-19 dan akan diteruskan nanti," tambah Nico G.

Dihoskan oleh Jihan Muse dan Nabil Ahmad, GV8 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.

GV8 turut menampilkan Datuk Ramli MS dan mengembalikan Hetty Koes Endang serta Datuk Syafinaz Selamat sebagai juri tetap dan akan dibantu juri jemputan setiap minggu.

Teruskan menonton GV8 yang dibawakan sekali lagi oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.

Rangkaian program GV8 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ yang akan disiarkan pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang bermula 15 November.

Bagi yang terlepas untuk menonton, program ‘Kompilasi Kapsul Gegar Vaganza S8’ akan disiarkan khas pada setiap hari Sabtu, jam 7.00 malam mulai 20 November 2021.

Untuk pengisian di platform digital, program ‘Gegar Vaganza Live Plus’ akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan ‘GV8’ bermula 21 November 2021.

Dalam pada itu, Program realiti Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) terbitan Astro Ria telah dinobatkan sebagai Program Muzik/Tarian Terbaik Asia di Asian Academy Creative Awards 2021 (AACA 2021) yang berlangsung di Singapura pada 3 Disember lalu.
#Konsert #Zainal Abidin #Kumpulan #Markah #GV #Trio #Manja #Nico G #GV8 #Gegar Vaganza 8 #Singkir