Pelakon Mimi Lana mencuri perhatian wargamaya apabila memuat naik dua foto bersama kekasih aktor Syafiq Kyle.

Menerusi laman sosial Instagram, Mimi berkongsi dua foto tersebut untuk tatapan umum.

“Siapa mahu sekuel filem Pusaka?” tulis Mimi sebagai kapsyen foto.

Who needs pusaka (the sequel) ? Comment ?

A post shared by MIMS (@missmimilana) on

Filem seram Pusaka mengandingkan Mimi sebagai Nur menjadi adik kepada Inspektor Nuar lakonan Syafiq Kyle.

Namun apa yang menarik perhatian adalah maklum balas daripada rakan selebriti dan pengikut yang bukan sahaja mahukan sambungan filem tersebut malah memohon mereka berdua agar segera berkahwin.

“Nak makan nasi minyak dan Pusaka 2,” komen pelakon Nad Zainal.

“Saya nak tengok kad kawin please,” ujar pengurus artis Iman Tang.



“Saya nak tengok anda berdua berkahwin!” kata seorang wargamaya.

“Halah halah halah bersemut weh,” tulis seorang wargamaya.

“Nak! Nak bahagian kedua sis, sweet betul pasangan ni,” puji seorang wargamaya lagi.

Setakat ini, foto manis tersebut telah menerima lebih 100,000 tanda suka daripada wargamaya.

Jangan lupa meriahkan Aidilfitri anda dengan menonton filem Pusaka pada 26 Mei, Selasa jam 10 malam di saluran Astro Ria (104).