Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

Kami Masih Gembira Dengan Perkahwinan Ini - Farid Kamil

Fiza Kamarudin 18/11/2016 | 17:43 MYT
Pelakon Farid Kamil akhirnya membuka mulut dan memberikan kenyataan mengenai isu rumah tangganya dengan aktres Diana Danielle.
Perkhabaran yang mendakwa rumah tangga mereka dikhuatiri goyah membuatkan pasangan pelakon ini kembali menjadi tumpuan.
"Apa yang terjadi saya boleh ibaratkan sebagai satu momen untuk kami tahu apa situasi sebenar yang berlaku.
"Kami masih gembira dengan perkahwinan kami. Secara tak langsung perkara ini menambah kegembiraan dan kemanisan dalam perkahwinan," kata Farid yang ditemui usai Anugerah Skrin 2016 sebentar tadi.
Dalam pada itu, Farid turut mengakui dia dihujani pertanyaan mengenai perkahwinan mereka.
"Keluarga dan teman-teman ada bertanya mengenai hal tersebut. Itu perkara biasa kerana apa yang terjadi antara kami pastinya mendapat perhatian ramai.
"Ketika berita ini tersebar, saya tidak terkejut tetapi saya bermuhasabah untuk saya renungkan apa sebenarnya yang terjadi," katanya lagi.
Sebelum ini, Diana dikatakan sudah ke mahkamah dan mendapatkan nasihat peguam syariah mengenai perihal perkahwinan mereka.
Diana memberikan kenyataan kepada pihak media dan mengakui perkara tersebut namun Diana tidak mendedahkan apakah punca permasalahan tersebut.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
#pelakon #Diana Danielle #cerai #Farid Kamil #Pelakon
;