Laman Utama
"Kami Memang Kahwin Tapi Untuk ..." - Wanita Didakwa 'Berkahwin' Dengan Tauke Buka Cerita
Wanita yang didakwa telah 'berkahwin' dengan pelawak Tauke Jambu, Shu mengakui tidak berniat untuk memperdaya rakyat Malaysia menerusi video yang tular baru-baru ini.
Jelas Shu, video 'kahwin' itu hanya dirakamkan untuk tujuan iklan produk hasil kolaborasinya bersama Tauke.
Advertisement
"Kami memang kahwin tapi hanya untuk video iklan sahaja. Tak niat nak tipu netizen Malaysia.
"Perkongsian TikTok yang viral bukan daripada saya. Orang lain yang post video letak kapsyen seakan-akan saya dah Tauke berkahwin," katanya.
Terdahulu, video yang memaparkan aksi Shu dan Tauke berpakaian sedondon serba putih tular di media sosial hingga ramai yang menganggap mereka telah mendirikan rumah tangga.
Malah, menerusi temubual bersama sebuah portal hiburan baru-baru ini, Shu dan Tauke 'mengakui' mereka telah 'berkahwin' dengan persetujuan isteri Tauke sendiri.
Namun, sejurus selepas video temubual terbabit dimuatnaik, Tauke berkongsi video penjelasan sebenar memberitahu 'perkahwinan' mereka hanyalah atas urusan bisnes sahaja.
Shu sementara itu menganggap video iklan berbentuk perkahwinan yang dilakukan mereka tidak salah kerana ia bukanlah gimik yang dirancang.
"Saya rasa tak ada masalah pun untuk kami buat video iklan berbentuk perkahwinan dan ia bukan satu gimik yang dirancang.
"Sebab ikutkan perancangan memang kami nak release video iklan itu di laman sosial. Tapi ada orang lain yang berkongsi video sehingga menimbulkan salah faham.
"Orang yang yang memuat naik video berserta kapsyen yang mengelirukan itu di luar kawalan saya," ujarnya.
Must-Watch Video