gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Individu Persoal Letak Nama Jepun Isteri Di Batu Nisan, Ridzuan Ridzokumura Mohon Maaf - “Saya Tidak Salahkan Sesiapa…”
HIBURAN
Atlas Vending Diiktiraf Guinness World Record
BERITA
Penunggang P-Hailing Terkejut Kiriman Bungkusan Rupa-Rupanya Mayat Bayi
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
LAMAN UTAMA

Tauke Jambu Menikah Lagi?

gempak
Fiza Kamarudin
23/11/2021
15:46 MYT
Sponsor Banner
Tauke Jambu Menikah Lagi?
Sejak malam tadi, tular sepotong video dipercayai daripada aplikasi TikTok yang memaparkan pelawak, Tauke Jambu di sebuah masjid bersama seorang wanita dikenali sebagai Shu.
Tauke mengenakan baju melayu putih lengkap bersamping bersama wanita tersebut berbaju kurung dan bertudung putih sekaligus mencetus spekulasi mereka baru sahaja selesai melangsungkan pernikahan.
Tambahan lagi menerusi hantaran video itu, seorang wanita yang dipercayai teman kepada ‘pengantin perempuan’ turut memberi ucapan tahniah kepada Shu dan Tauke.
“Congratulations Shu! Semoga u bahagia. Berakhir sudah perjuangan. I harap u jadi wife yang baik disamping suami pilihan u,” tulis wanita tersebut.
Sementara itu Tauke dan pasangannya yang duduk di bahagian belakang kereta kelihatan gembira dan tersenyum ketika video dirakamkan.
Untuk mendapatkan kepastian mengenai perkara ini, Gempak cuba menghubungi Tauke dan isterinya Nadia Mohd Affendi namun kedua-dua mereka gagal dihubungi.
Dalam pada itu Gempak sempat meninjau laman sosial Instagram Tauke dan mendapati pelawak tersebut telah memuat naik hantaran terbaru pada petang Selasa.
Hantaran tersebut bagaimanapun tidak mempunyai sebarang kapsyen tetapi Tauke dilihat mengenakan baju melayu berwarna Putih, sama seperti persalinan di dalam video Tiktok yang tular.
Di ruangan komen pula, rata-rata pengikut sedang menantikan pengesahan daripada Tauke selepas menonton video berkenaan.
Topic Berkaitan
#Tauke Jambu
#Kahwin Lagi
Must-Watch Video