Hiburan
"Kami Suami Isteri Yang Sah" - Nora Ariffin Syukur Rujuk Semula Dengan Dr Rushdi Ramli
Penyanyi, Datuk Nora Ariffin meluahkan rasa syukur kerana urusan rujuk bersama suami, Dr. Rushdi Ramli sudah selesai di hadapan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Daerah Hulu Langat, Selangor pada Isnin.
Menerusi perkongsian yang di aplikasi Instagram, Nora atau nama sebenarnya Wan Norafizag Ariffin, 52, memaklumkan mereka kini kembali bersama dan menyifatkan segala urusan yang berlaku itu adalah hikmah buat mereka berdua.
“Alhamdulillah, selesai kes rujuk depan hakim dan mahkamah. Kami suami isteri yang sah.
“Segala yang berlaku pasti ada hikmahnya dan apabila perkara buruk terjadi, kita dapat melihat warna sebenar seseorang,” katanya menerusi kapsyen di Instagram.
Pada masa yang sama, penyanyi yang terkenal dengan lagu Di Persimpangan Dilema itu turut berkongsi kata-kata tentang muhasabah diri.
“Kadang-kadang, kita perlu bermuhasabah diri melalui proses ini. Terima kasih, Ya Allah, atas segalanya. Baik atau buruk.
“Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui segalanya,” jelasnya.
Terdahulu, Dr. Rushdi menceraikan penyanyi, Datuk Nora Ariffin dengan talak satu menerusi video rakaman berdurasi 52 saat pada 12 Ogos yang lalu.
Selepas video tular, Nora menerima kecaman ramai dan mempertahankan bekas suami serta memaklumkan perkara itu bukanlah atas kehendaknya.
BERITA TRENDING: Pemuda Cina Teruja Tunai Solat Jumaat Buat Netizen Tersentuh, Pesan Jangan Takut Buat Perkara Baru – “Semoga Dapat Hidayah Bro”
BERITA TRENDING: Hidap Kanser Prostat, Kieran Selesai Uruskan Wasiat - "Saya Cuma Fikir..."
BERITA TRENDING: Guru Didakwa Tujuh Pertuduhan Rog*l, Amang Seksual Pelajar OKU
BERITA TRENDING: “Ada Orang Mengajar Cara Lembut & Ada Orang Cara Kasar” - Nadhir Nasar
Must-Watch Video