"Kami Suami Isteri Yang Sah" - Nora Ariffin Syukur Rujuk Semula Dengan Dr Rushdi Ramli
Ainun
25/11/2024 09:55 MYT
25/11/2024 09:55 MYT
Penyanyi, Datuk Nora Ariffin meluahkan rasa syukur kerana urusan rujuk bersama suami, Dr. Rushdi Ramli sudah selesai di hadapan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Daerah Hulu Langat, Selangor pada Isnin.
Menerusi perkongsian yang di aplikasi Instagram, Nora atau nama sebenarnya Wan Norafizag Ariffin, 52, memaklumkan mereka kini kembali bersama dan menyifatkan segala urusan yang berlaku itu adalah hikmah buat mereka berdua.
Menerusi perkongsian yang di aplikasi Instagram, Nora atau nama sebenarnya Wan Norafizag Ariffin, 52, memaklumkan mereka kini kembali bersama dan menyifatkan segala urusan yang berlaku itu adalah hikmah buat mereka berdua.
“Alhamdulillah, selesai kes rujuk depan hakim dan mahkamah. Kami suami isteri yang sah.
“Segala yang berlaku pasti ada hikmahnya dan apabila perkara buruk terjadi, kita dapat melihat warna sebenar seseorang,” katanya menerusi kapsyen di Instagram.
Pada masa yang sama, penyanyi yang terkenal dengan lagu Di Persimpangan Dilema itu turut berkongsi kata-kata tentang muhasabah diri.
“Kadang-kadang, kita perlu bermuhasabah diri melalui proses ini. Terima kasih, Ya Allah, atas segalanya. Baik atau buruk.
“Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui segalanya,” jelasnya.
Terdahulu, Dr. Rushdi menceraikan penyanyi, Datuk Nora Ariffin dengan talak satu menerusi video rakaman berdurasi 52 saat pada 12 Ogos yang lalu.
Selepas video tular, Nora menerima kecaman ramai dan mempertahankan bekas suami serta memaklumkan perkara itu bukanlah atas kehendaknya.