Penerbit, pelakon dan pengarah terkenal, Puan Sri Tiara Jacquelina berkongsi rasa teruja bertemu Aqasha selepas sepuluh tahun tidak berhubung sesama sendiri.

Tiara berkongsi perkara itu menerusi posting di akaun Instagram miliknya buat tatapan warganet.

Menurut Tiara, Aqasha masih kelihatan kacak dan masih memiliki suara yang sedap didengar seperti dahulu.

"Rasa macam tak percaya kami tidak berhubung selama 10 tahun.

"Gembira dapat bertemu @theaqasha... awak masih kacak dan memiliki suara yang sedap didengar seperti dahulu," tulis Tiara sebagai kapsyen.

Difahamkan, Aqasha telah menyertai bengkel teater Puteri Gunung Ledang (PGL) The Musical yang akan dipentaskan tahun hadapan.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan respon positif, ada yang turut memuji suara Aqasha, ada juga yang meminta Tiara mendedahkan barisan pelakon yang bakal ditampilkan dalam teater tersebut.

Can't believe we've lost touch for 10 years my bro @theaqasha... glad to see you're still looking and SOUNDING so good after all this time ? Thanks for making time to participate in the workshop! Fans of #puterigunungledang, don't forget to get your Early Bird tickets with the 20% discount at www.pglmusical.com, before 31st December! #PGLmusical #PGL2020 #PGLworkshop #EnfinitiMakesMagic #DreamMakerAtWork

A post shared by Tiara Jacquelina (@tiarajacquelina) on


PGL The Musical yang diarahkan oleh Tiara itu akan memulakan pementasan di Esplanade, Singapura pada Jun 2020.

Pementasan di Kuala Lumpur pula akan diadakan di Istana Budaya pada Julai 2020.

Jalan cerita pementasan teater tersebut adalah berdasarkan naskhah asal hasil karya Adlin Aman Ramlie, sudah tentu ramai yang merindui watak Hang Tuah dan Gusti Putri, sama-sama kita nantikannya!