gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
"Tolong Jangan Asyik Tambah Anak" - Datuk Bandar Tegur Golongan Miskin
BERITA
Afdlin Balas Rafizi: 'Saya Pelawak, Tapi Dipilih Akar Umbi'
BERITA
Nahas FRU: Lori Pasir Alami Kegagalan Fungsi Stereng - Polis
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
LAMAN UTAMA

“Kami Tak Kacau Sapa-Sapa,” - Che Ta Jual Murah Sebab Nak Semua Merasa Pakai Inai

gempak
Mya Amri
15/07/2022
00:49 MYT
Sponsor Banner
“Kami Tak Kacau Sapa-Sapa,” - Che Ta Jual Murah Sebab Nak Semua Merasa Pakai Inai
Pelakon Rozita Che Wan memohon agar orang ramai tidak membandingkan produk inai keluarannya dengan usahawan lain.
Menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagramnya, Rozita atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta ini berkata setiap orang mempunyai bahagian rezeki masing-masing.
“Rezeki Allah sangat luas buat apa nak gaduh-gaduh. Buat apa nak sakit hati sesama sendiri, hampa pun kalau kek yang besar tu nak makan sorang takkan habis. Mesti kena kongsi dengan orang lain.
“Che Ta is Che Ta tolong jangan compare dengan orang lain. Berniagalah dengan cara yang jujur, takkan nampak hebat pun hampa kalau hampa dok kutuk atau jatuhkan orang lain. Setiap rezeki kan dah tertulis.
“Simple je hampa, kita niaga sama-sama. Kita dapat rezeki sama-sama. Rezeki untuk dikongsi bukan untuk dibolot sorang. Semoga Allah permudahkan urusan kita semua naaa,” coretnya.
View this post on Instagram
A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1)
Dalam pada itu, Che Ta juga menjelaskan sebab mengapa inainya dijual dengan harga serendah RM15.
“Kami tak kacau sapa-sapa. Kami juai inai harga 15 ini pun sebab kami nak semua merasa pakai inai Che Ta.
“Tak kisahlah hampa juai inai apa. Rezeki Allah S.W.T kan luas. Percaya tu ja okay,” tulisnya.
Selain Che Ta, pelakon popular Neelofa juga menjual produk inai.
Bagaimanapun baru-baru ini kecoh di laman sosial apabila ada netizen yang membandingkan kualiti kedua-dua produk tersebut.
Topic Berkaitan
#Che Ta
#Rozita Che Wan
#Inai
#Inai Murah
Must-Watch Video