Pelakon Nonny Nadirah mengakui sedang rapat dengan pelakon Niezam Zaidi dan tidak menolak andai bertemu jodoh dengan aktor tersebut.

Menurut Nonny atau nama sebenarnya Nonny Nadirah Zainuddin, 31, dia bersyukur apabila Niezam hadir dalam hidupnya kini.

“Jujur saya katakan kami tak pernah declare apa-apa lagi cuma apa yang boleh saya nyatakan, Niezam adalah seorang yang istimewa pada saya.

“Saya dan Niezam bermula sebagai kawan pada tahun 2016 dan kini kami rapat balik sejak tahun lepas.



“Pada dia, saya nampak kesungguhan untuk ke arah hubungan yang lebih serius, pandai menjaga hati, kelakar dan terima saya seadanya,” ujar Nonny ketika dihubungi Gempak.

Malah, mereka berdua berkongsi jalan cerita yang hampir sama apabila Nonny berdepan keretakan rumah tangga dan perpisahan Niezam dengan kekasih lamanya.

Tambah Nonny lagi, trauma yang dialaminya selepas berdepan episod luka beberapa tahun lalu berjaya diubati dengan adanya Niezam yang banyak memberikan sokongan.

“Niezamlah orang yang menarik saya agar kembali aktif dalam industri seni. Dia juga sentiasa ada bila saya memerlukan

“Alhamdulillah kini saya sudah sembuh berkat daripada doa dan bantuan keluarga serta sahabat handai.

“Saya serahkan diri dan perasaan saya pada Allah, cari Dia waktu senang, susah dan saya percaya Dia juga yang mahu temukan saya dengan yang lebih baik,” jelas Nonny sebagai penutup.

Sekadar info, Nonny bercerai dengan bekas suaminya Mustain Adnan pada tahun 2019.