Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

"Kami Tiada Misi Tertentu Untuk Berdakwah Menerusi Muzik" - Sabyan Gambus

Asraf Aided
02/11/2018 08:43 MYT
Kumpulan penyanyi dari Indonesia, Sabyan Gambus menjelaskan mereka tidak mempunyai misi tertentu untuk berdakwah menerusi muzik yang disampaikan.

Menurut mereka, kumpulan itu ditubuhkan sebagai ahli muzik biasa, namun persepsi peminat sahaja yang menganggap mereka mengutamakan penyampaian dakwah dalam lagu.

"Kami lahir sebagai pemain muzik dan kami tidak mempunyai misi tertentu untuk berdakwah.

"Namun begitu, ramai yang menyangka kami menyampaikan dakwah mungkin kerana imej dan gaya persembahan yang ditampilkan," kata mereka ketika ditemubual menerusi Skype.

Temubual itu diadakan di Sidang Media Konsert Sabyan Gambus Live In Malaysia 2019 bertempat di Shah Alam pada Selasa lalu.

Konsert itu akan diadakan pada 12 Januari 2019 bertempat di Stadium Malawati Shah Alam.

Bagi anda yang tidak mahu melepaskan peluang menyaksikan konsert ini, tiket boleh didapati bermula harga RM 99 hingga RM 999 menerusi www.ticket2u.com/konsertsabyan2019.
#Sabyan Gambus