Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Kami Upah Bodyguard Jaga Dia” - Caprice Sah Kan Mondy Selamat, Dedah Suami Kena Pukul

Mya Amri
21/09/2023 03:55 MYT
Penyanyi rap dan pempengaruh media sosial, Caprice telah melantik seorang pengawal keselamatan bagi memantau keselamatan dan juga keadaan Mondy di penginapannya.

Menurut Caprice, Mondy akan berada di bawah jagaan timnya iaitu Munafik Hunter sepanjang berada di Malaysia.

“Kita tidak tahu bagaimana keselamatan Mondy jika dia pulang sekarang. Kami menjangkakan dia akan berada di sini sehingga kes ini tamat.

“Jadi dalam tempoh tersebut, dia akan berada di bawah jagaan pihak saya. Untuk waktu ini dia berada dalam keadaan selamat 24 jam.

“Malam akan ada seorang bodyguard wanita akan tidur dengan dia.

"Seratus peratus keselamtan Mondy di bahu kami. Malah saya juga dah berbincang dengan kedutaan Indonesia, kita tengok macam mana nanti," jelasnya.

Caprice berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran produk Thor X yang berlangsung di JW Mariot Hotel, Kuala Lumpur pada Rabu.

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

Bagaimanapun Caprice menyatakan tidak dapat dipastikan tempoh jangka masa pempengaruh Indonesia itu akan berada di negara ini.

“Buat masa ini Mondy selamat dalam jagaan kami, dan bagi kami dia tetamu yang perlu disantuni. Kami datang dari keluarga diplomatik.

“Bapa saya pernah bertugas di Wisma Putra dan pesan dia, supaya kami sentiasa hormati tetamu.

“Kalau anda semua pergi ke Airbnb tempat Mondy tinggal, kami memang 300 peratus jaga tetamu.

“Nak makan apa, nak buat apa…Sedaya upaya kami akan cuba penuhi,” katanya.

Dalam pada itu Caprice juga turut mendedahkan, suami Mondy dipukul oleh sekumpulan lelaki tidak dikenali dua hari lalu di Indonesia.

Kejadian itu dipercayai mempunyai kaitan dengan apa yang sedang berlaku sekarang.

“Suami Mondy kena belasah dua hari lepas, tiada siapa bercakap mengenainya. Ye lah, kasta paling bawah siapa nak bantu dia…

“Mereka tak berani buat apa-apa di Malaysia sebab kita dah buat ikut prosedur undang-undang, mereka tak berani buat hal di sini,” ujarnya.

BACA: “Kalau Ini Penipuan, Buat Apa Saya Nak Seksa Diri Untuk Bela Orang Dari Kasta Rendah” - Caprice

Pada Isnin, Ebit Lew tampil membuat laporan polis dengan mendakwa berlaku fitnah melampau terhadapnya dirinya.

Ebit Lew menerusi hantaran di Instagramnya memaklumkan laporan polis itu dibuat sebaik tiba dari Jeddah, Arab Saudi kira-kira 12 tengah malam.

Laporan polis itu dipercayai dilakukan selepas tular di media sosial satu rakaman wawancara bersama seorang wanita dari negara jiran yang pernah mendapat pertolongannya.

Wanita itu mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual seorang pendakwah ketika kali pertama tiba di Malaysia, tahun ini.

#Kontroversi #Caprice #Bodyguard #Mondy Tatto
;