Skip to main content

Berita Tempatan

"Kamu Manusia Bukan Binatang Yang Tak Ada Perasaan" - Lufya

lufya.jpg
Penyanyi dan pelakon Lufya Omar mengakui kesal masih ada pihak yang melakukan penderaan pada kanak-kanak.

Menerusi entri di Instagram (IG), Lufya menjelaskan bahawa dia tidak faham kenapa kes penderaan kanak-kanak harus berlaku dan perkara itu semakin membimbangkan hari demi hari.

"Baru tinggalkan anak sekejap Fya rasa subhanallah rindunya bukan main. Tak fahamlah ada sesetengah orang yang tak ada perasaan mendera anak secara fizikal mahupun emosi anak.

"Lebih-lebih lagi yang masih kecil atau masih bayi lagi. Menendang, memukul, menjerit-jerit adakah itu penyelesaian bagi masalah tekanan orang sebegini? 

"Sama sekali tidak layak untuk menjadi manusia yang dihormati. Kalau stress sangat pun kat tempat kerja ataupun hutang, kamu kan manusia bukan binatang yang tak ada perasaan. 

"Haiwan pun ada rasa belas kasihan dan sayangkan anak. Kamu? Akhir zaman ni banyak sangat kes-kes penderaan. Bila hati telah hitam," tulisnya.
 

Rata-rata bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh Lufya dan mereka berharap agar tindakan seperti itu tidak akan berlaku lagi pada masa akan datang.

Must-Watch Video

Advertisement