“Kamu Sepatutnya Ada Di Perkahwinan Saya…”- Neeta Sedih Kehilangan Sandra
Syafiqah Jalal
11/09/2020 03:03 MYT
11/09/2020 03:03 MYT
Penyanyi Neeta Manisha sedih kehilangan sahabatnya, Sandra Dianne yang meninggal dunia pada awal pagi tadi selepas berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Putrajaya dan dilaporkan berada dalam keadaan kritikal sejak Sabtu.
Neeta berkata banyak lagi perkara yang mahu dilakukan bersama Sandra yang juga peserta Big Stage 2020, namun ia sudah terlambat.
BACA: Bintang Big Stage 2020 Sandra Dianne Meninggal Dunia
“San (Sandra), apakah saya buat menulis ini? Kamu sepatutnya berada di perkahwinan saya dan menari, kamu sepatutnya belanja saya bila kamu masuk peringkat akhir Big Stage. Kamu sudah lalui pelbagai perkara yang hebat dalam hidup mu tetapi sekarang kamu berad ai tempat yang terbaik.
“Sentiasa gembira San, sentiasa gembira berada di syurga. Doakan kawan kamu di sini baik-baik, beri kami kekuatan dan kasih sayang,” katanya .
Neeta meluahkan perasaannya itu di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut, dia memuat naik foto hitam putih di hospital yang difahamkan melawat arwah Sandra.
Menurut Neeta, Sandra merupakan sahabat yang baik dan ia satu kehilangan besar buatnya.
“Kita lepak hampir setiap masa tapi tidak pernah sekali ambil gambar bersama. Dia seorang yang sangat ‘chill’ dengan saya, tak perlu post apa untuk buktikan kami kawan.
“Kamu terbaik San, sumpah aku bengang sebab kau tinggalkan aku awal, aku akan rindu kau San, but please greet me when it’s my turn.
“Saya rinduukan kamu San, Saya akan rindu kita punya sesi lepak bersama. Saya rindukan keyakinan kamu bila menyanyi di hadapan kawan kamu.
“Saya rindukan tomboy vibrs kamu sebabab saya pun bukan girlish sangat, adanya kamu sebagai kawan satu penghargaan untuk saya. Saya akan merindui kamu. Saya dan kita semua sayang kami. Dan jangan lupa lepak dalam mimpi saya,” katanya lagi.
Pada Sabtu, Sandra atau nama sebenarnya Alessandra Dianne Ampuria, 26, terlibat dalam satu kemalangan kereta di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) ketika menuju ke Putrajaya International Convention Centre (PICC) bagi tujuan rehersal.
Difahamkan, kejadian berlaku apabila kereta yang berada di depannya berhenti secara mengejut.