Rapper dan usahawan, Caprice akui tidak sangka akaun Instagramnya diikuti oleh seorang kanak-kanak lelaki di Cairo, Mesir.

Perkara itu dikongsi Caprice menerusi sebuah video di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.

Dalam video itu, kanak-kanak tersebut seakan teruja bertemu Caprice dan memuji usaha rapper itu dalam memberi inspirasi dan membantu masyarakat.

Sebagai tanda penghargaan, Caprice menghadiahkan pin yang dipakai pada jaketnya kepada kanak-kanak itu.

"Tak sangka macam mana budak dari Cairo boleh follow kita dari 2017.

"Ia memberi saya harapan yang kita masih boleh bantu anak muda Islam kita di dunia, Insya-Allah," tulis Caprice sebagai kapsyen.

Menjengah ruangan komen, rata-rata pengikut Caprice tumpang gembira melihat keadaan itu.

A post shared by Caprice (@capriceofficial)


Minggu lalu, Caprice tiba di Cairo, Mesir bagi menjalankan misi kemanusiaan di Gaza, Palestin.