Angkasawan negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor mencuri perhatian wargamaya apabila berkongsi jadual aktiviti seharian anaknya yang padat.

Menerusi laman sosial Instagram, Sheikh Musazphar memuat naik sebuah video sesi latihan badminton anaknya, Sophea Isabella dan Sophea Natasha pada waktu malam.

“Hari ini hari yang memenatkan untuk anak-anak perempuan saya terutamanya Tasha.

“7.30am - 12.30pm: SJKC
2.30pm - 5.30pm: SRA
6.00pm - 7.30pm: Tuisyen Mandarin
8.30pm - 9.30pm: latihan badminton”.

“Tetapu anak-anak perempuan saya tak pernah rasa penat. Daddy yang penat menghantar mereka ke tempat-tempat tersebut, haha,” tulis Sheikh Muzasphar di ruangan kapsyen.

Menerusi perkongsian berdurasi 45 saat itu, Tasha dan Bella berlatih sukan badminton bersama jurulatih mereka sambil ditemani bapanya.

Malah menurutnya lagi, anak-anak tidak akan berasa penat jika mereka dilatih sejak kecil lagi.

Meninjau ke ruangan komen, ramai wargamaya yang bersetuju dan mengagumi cara Sheikh Muzasphar mendidik anak-anaknya.

“That’s right doc. Bila fikir balik tak rasa letih pulak. Masa kecik-kecik pegi sekolah pagi, petang sekolah agama, magrib pegi kelas mengaji, malam sambung buat homework sampai siap,” sokong seorang wargamaya.

“Bila diorang buat homework and diorang tidur. Pukul berapa, kalau saya waktu habis je sekolah terus baring kepenatan. Hebat betul mereka,” komen seorang wargamaya.

“Yeah, I remember when i was about to sit for my UPSR i had 3 tuition classes per day,” kata seorang wargamaya.

“Terinspirasi la tengok anak-anak doc,” puji seorang wargamaya.

“Wow amazing, good job Bella and Tasha,” tulis seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, video tersebut telah mendapat hampir 50,000 tontonan daripada pengikutnya.