Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Kanak-Kanak 10 Tahun Maut Lepas Makan Kek Ulang Tahun

Maliah Surip
02/04/2024 15:55 MYT
Seorang kanak-kanak perempuan yang merayakan ulang tahun ke-10 menemui ajal selepas menikmati kek hari jadi miliknya.

Berlaku di India

Insiden tersebut berlaku di Punjab, India pada 24 Mac lalu, lapor Independent.uk.

Kanak-kanak yang dikenali sebagai Manvi telah mengalami muntah-muntah sebaik menikmati kek ulang tahun yang dipotongnya pada petang hari.

Mangsa kemudian berehat dan tidur sebelum keadaan kesihatannya semakin parah pada keesokkan hari sebelum dikejarkan ke hospital berdekatan.

Dia kemudian mendapat bantuan oksigen dan menjalani beberapa rawatan lain sebelum diumumkan meninggal dunia di hospital tersebut.

Menurut laporan sama, keluarga kanak-kanak tersebut membeli kek coklat untuk meraikan ulang tahun Manvi menerusi atas talian dari sebuah kedai kek.

Seluruh keluarga

Bukan hanya, Manvi tetapi seluruh keluarga yang memakan kek tersebut juga mengalami sakit seperti keracunan makanan termasuk muntah dan pening kepala.

Susulan kejadian itu, keluarga tersebut telah membuat laporan polis terhadap kedai kek dengan mendakwa kek yang dipesan telah tercemar.

Polis juga sedang menjalankan siasatan terhadap contoh sisa kek dan Manvi untuk mencari punca sebenar insiden.

ARTIKEL BERKAITAN: Dr Zul Mohon Hentikan Trend Bawa Kek, Sambut Birthday Di Kubur Anak

ARTIKEL BERKAITAN: #FOODIESLIFE: Lepas Kek Tapak Kuda, Kini Hadir Pula Kek Tapak Gajah? Netizen Cemas Pengguna Tak Hirau Kandungan Gula Dalam Makanan!

#Maut #Kanak-Kanak 10 tahun #Kek Hari Jadi
;