Berita
Kanak-Kanak 3 Tahun Maut Strok Haba, Seorang Dirawat Di ICU
Satu kes kematian baharu akibat strok haba dilaporkan berlaku minggu ini menjadikan kes kematian berkaitan cuaca panas kepada dua orang, menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).
Berdasarkan laporan ringkas status cuaca panas oleh NADMA bertarikh 4 April, kematian baharu pada 1 April itu melibatkan kanak-kanak berusia tiga tahun di Kelantan.
Kematian pertama
Kematian pertama melibatkan individu berumur 22 tahun di Pahang pada 2 Feb lepas.
Pemantauan sehingga 3 April mendapati jumlah kes kumulatif bagi penyakit berkaitan cuaca panas meningkat kepada 37 kes dengan pecahan 10 kes strok haba, kes kelesuan haba (26 kes) dan kes kejang haba (satu kes).
"Terdapat dua kes masih mendapat rawatan di hospital, iaitu masing-masing satu kes strok haba yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan kes kelesuan haba di wad biasa. Kes lain telah mendapat rawatan dan sembuh," menurut laporan itu yang memetik sumber Kementerian Kesihatan (KKM).
Kredit foto: University of Utah (Health)
Sumber: Bernama
ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda Dari Pahang Maut Kerana Strok Haba
ARTIKEL BERKAITAN: 6 Langkah Mengatasi Gelombang Kepanasan & Strok Haba… No. 5 Tu Paling Penting Guys!
Must-Watch Video