Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Kanak-Kanak Melecur Satu Badan Direnjat Elektrik Sebab Nak Ambil Bola Dalam Bilik Janakuasa

Izwan Isa
17/11/2023 03:55 MYT

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun melecur seluruh badan terkena renjatan elektrik ketika mahu mengambil bola yang masuk dalam bilik janakuasa Tenaga Nasional Berhad (TNB), Taman Sri Bayu, Bayan Lepas, Pulau Pinang pada petang semalam.

BERITA TRENDING: Anak Arwah Aziz Desa Didakwa Ciplak Teks Juara Pemidato Dunia, Abang Tampil Beri Penjelasan

Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berlaku pada pukul 4.55 petang dan operasi menyelamat membabitkan keanggotaan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bayan Baru dengan bantuan BBP Seri Balik Pulau.

Menurutnya, sebaik pasukan tiba di tempat didapati benar berlaku kejadian membabitkan seorang kanak-kanak lelaki yang mengalami kecederaan melecur akibat tersentuh perkakasan elektrik di dalam bilik janakuasa berkenaan.

“Mangsa telah dibawa ke hospital oleh pihak perubatan sebelum pasukan bomba tiba di lokasi kejadian.

“Komander Operasi membuat ‘size up’ memastikan tiada lagi kemerbahayaan sebelum menyerahkan kepada pihak TNB untuk tindakan selanjutnya.Operasi terkawal dan ditamatkan pada pukul 5.43 petang tadi,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal turut mengesahkan kejadian berlaku dan berkata, kanak-kanak tersebut dilaporkan terjatuh di dalam bilik janakuasa TNB ketika masuk untuk mengambil bola.

BERITA TRENDING: Netizen Tegur Lelaki Pakai Tudung Untuk Promote Perniagaan Sendiri - “Niat Tak Halalkan Cara! Yang Perempuan Pun Beria Puji”

Difahamkan, kanak-kanak lelaki tersebut sebelum itu sedang bermain futsal bersama rakannya sebelum menyedari bola tersebut terpelanting dan masuk di dalam bilik berkenaan yang terletak berdekatan gelanggang di situ.

Mangsa dipercayai memanjat pagar yang berkunci sebelum terjatuh ke dalam bilik janakuasa terbabit.

Sumber: Kosmo! Online

#Melecur #Renjatan
;