UNDI TOP 5 GEMPAK MOST WANTED AWARDS SEKARANG!
BERITA

Kanak-Kanak Perempuan Dicabul Ketika Solat Di Masjid

Gempak 21/02/2025 | 07:25 MYT

Tular kejadian seorang lelaki dipercayai warga tempatan mencabul seorang kanak-kanak perempuan yang sedang bersolat di Masjid Jamek Sungai Masin, Batang Kali, Selangor pada Jumaat.

Menerusi kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat dalam masjid tersebut, kejadian berlaku jam 6.41 pagi.
Lelaki tersebut dilihat masuk dalam kawasan solat muslimat dan menuju ke arah mangsa yang sedang bersolat di bahagian belakang jemaah wanita.
Suspek tersebut kemudiannya bertindak memeluk dan mendukung kanak-kanak perempuan itu bagi dibawa keluar dari kawasan solat muslimat.
Sewaktu kejadian, suspek dalam keadaan tergesa-gesa cuba melarikan mangsa sewaktu jemaah sedang bersolat Subuh.
Suspek memakai kopiah putih, baju kuning berbelang hijau dan berseluar gelap.
Dalam satu hantaran lain di media sosial X, seorang netizen menyatakan mangsa yang kena cabul itu adalah dua pupu kepadanya.
Katanya, suspek lelaki tersebut sudah kena cekup.
Selain itu, dia juga menyatakan suspek mempunyai kad orang kurang upaya (OKU).

BERITA BERKAITAN: Bomoh Dituduh Cabul Pesakit Ketika Rawat Penyakit Misteri

BERITA BERKAITAN: Jurusolek Lelaki Mengaku Tak Bersalah Cabul Pelakon Sambilan

BERITA BERKAITAN: Kanak-Kanak Usia 3 Tahun Dicabul, Bakal Bapa Tiri Masukkan Jari Dalam Alat Sulit Hingga Berd*rah

BERITA BERKAITAN: Remaja Maghribi Mengaku Bersalah Cabul Wanita Malaysia Dalam Pesawat

Sementara itu, Sinar Harian cuba mendapatkan pengesahan dan siasatan polis berhubung kejadian tersebut.
Pihak polis menyatakan satu kenyataan akhbar akan dikeluarkan dalam masa terdekat.
Sumber: Sinar Harian

#Masjid #Cabul #Perempuan #Budak