VIRAL
Bomoh Dituduh Cabul Pesakit Ketika Rawat Penyakit Misteri
Pengamal perubatan tradisional dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Muar, Johor, hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap remaja perempuan yang juga pesakitnya, tiga tahun lalu.
Harun Ismail, 67, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Sayani Mohd Nor.
BERITA TRENDING: Dengar Cakap Bomoh, Pelakon Wanita Maut Makan Racun Katak
Mengikut pertuduhan, warga emas itu didakwa melakukan perbuatan itu terhadap remaja berusia 13 tahun ketika kejadian di sebuah tanah rancangan di Segamat pada waktu malam, antara Januari hingga Julai 2022.Berikutan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKKSTKK) 2017 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 14 akta sama.
Jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan juga sebatan.
Berdasarkan laporan mangsa mengalami penyakit misteri sebelum menghubungi tertuduh untuk mendapatkan rawatan secara tradisional.
BERITA TRENDING: Netizen Serabut Raja Bomoh Sibuk Nak Tolong Cari Mangsa Tanah Jerlus - “No Thanks, Jangan Nak Buat Benda Bukan-Bukan”
Tertuduh yang datang ke rumah keluarga mangsa memulakan rawatan namun warga emas itu didakwa merawat dengan cara pelik hingga menyebabkan remaja terbabit berasa tidak selesa.Mangsa kemudiannya menceritakan perkara itu kepada neneknya sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Diyana Najihah Muhamed Fauzi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Terdahulu, pihak pendakwaan menawarkan ikat jamin RM25,000 terhadap tertuduh serta memohon mahkamah menetapkan syarat tambahan terhadap lelaki itu.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin serta mengarahkannya melapor diri di balai polis berhampiran setiap bulan sekali dan tidak mengganggu atau berkomunikasi dengan saksi pendakwaan terutama mangsa.
BERITA TRENDING: "Dapat Petunjuk Ke Dapat Bisikan Iblis?" - Rita Rudaini Sokong Pihak Dapat Surat Layang Kes Zulfarhan Dihukum
Tertuduh kemudiannya membayar ikat jamin dengan kes disebut semula pada 19 Mac ini untuk serahan dokumen dan juga lantikan peguam tertuduh.Sumber: Harian Metro
Must-Watch Video