gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Beri Ucapan Hari Lahir, Ibu Aliff Aziz Luah Rasa Rindu Terhadap Ayden & Ara - “Cucunda Berdua Adalah Penyambung…”
HIBURAN
Hilang 20Kg Dalam Masa Lima Bulan, Nazrief Nazri Makin Handsome, Nampak Muda! – “Hard Work Pays Off”
HIBURAN
“Saya Tahu Niat Dia Bukan Nak Bersama Saya…” - Azlan Komeng Dedah Kisah Sebenar Di Sebalik Kemelut Rumah Tangga
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

Kandungan Ain Edruce Cecah Tujuh Bulan, Netizen Seronok Teka Jantina Bayi - "Tengok Bentuk Perut Macam Baby Boy .."

Zulaikha Yusof
Zulaikha Yusof
02/03/2021
08:30 MYT
Sponsor Banner
Kandungan Ain Edruce Cecah Tujuh Bulan, Netizen Seronok Teka Jantina Bayi - "Tengok Bentuk Perut Macam Baby Boy .."
Pengacara dan pelakon Ain Edruce, 30, mencuri perhatian wargamaya apabila tampil berseri dalam usia kandungannya mencecah tujuh bulan.
Menerusi entri di Instagram (IG), Ain atau nama sebenarnya Nurulain Edruce memuat naik foto melakukan sesi fotografi bersama suami tercinta, Amirul Hafiz.
Manis menggayakan busana berwarna putih, Ain dan Amirul kelihatan ceria merakam momen indah bayi di dalam kandungan.
"Betul lah orang kata detik-detik terbaik berlaku apabila ia tidak dirancang. Alhamdulillah tujuh bulan dah. Terima kasih semua yang mendoakan.
"Syukur dapat suami yang penyayang. Yang korang nampk yang gembira saja.. Yang emo-emo Mirul ja tahan. Hahaha. Sayang awak daddy," tulisnya sebagai kapsyen.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengikut Ain mula meneka jantina bayi dalam kandungan serta mendoakan agar segala urusan dipermudahkan Allah.
"@athrrhzm: Ain mesti dapat baby boy ni.
"@aiyakaurnare: Baby girl ka? Semoga dipermudahkan urusan.
"@faeza_razlan_ctz: Tengok bentuk perut macam baby boy sebab saya pun hamil tujuh bulan, bentuk perut macam sama ja.
"@nrramisyaa_: Perut muncung la. Biasa dalam keluarga saya perut muncung mesti baby girl.
"@iman_azman90: Perut macam baby boy," antara reaksi warganet yang ditulis.
Terdahulu, Ain mendirikan rumah tangga dengan lelaki pilihannya, Amirul Hafiz Mustaffa pada 13 Disember 2019 selepas bertunang selama enam bulan.
Topic Berkaitan
#Hamil
#Ain Edruce
#Anak Pertama
#7 Bulan
#Amirul
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement