Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Kanser Ragut Nyawa Pelakon, Model Poonam Pandey Pada Usia 32 Tahun

Maliah Surip
03/02/2024 00:47 MYT
Dunia Bollywood dikejutkan dengan berita kematian pelakon dan model Poonam Pandey pada usia 32 tahun.

BERITA TRENDING: Suami Hentak Kepala Ke Dinding, Pelakon Bollywood Poonam Pandey Cedera Di Muka, Mata & ...

Berita kematian Pandey kerana kanser serviks diumumkan menerusi akaun Instagram rasmi miliknya. Bintang yang terlibat dalam filem Nasha 201 dan The Journey of Karma itu meninggal dunia pada malam 1 Februari 2023.

Meski ramai yang menyifatkan berita tersebut sebagai khabar palsu atau pemasaran untuk projek terkini namun pihak agensi mengesahkan Pandey telah meninggal dunia.

“Ini bukan berita yang baik untuk disampaikan. Kami dengan sangat berat hati dan berduka menyampaikan berita bintang kesayangan kami, Poonam Pandey telah meninggal dunia kerana kanser serviks.

“Terima kasih di atas ingatan semua namun kami memohon sedikit privasi,” tulis kenyataan yang dilaporkan Hindustan Times.

Pandey yang terlibat dengan program Lock Upp musim pertama pada 2022 yang dihoskan aktres Kangana Ranaut diketahui cukup popular di media sosial.

Dia yang pernah mencetuskan kontroversi selepas mengeluarkan kenyataan akan berbogel jika pasukan kriket India menang beberapa tahun lalu dilihat berkongsi perkembangan terkininya hanya tiga hari sebelum kematian. Pandey waktu itu dilihat menghadiri sebuah parti di Goa.

PILIHAN PEMBACA: Pelakon Bollywood Milind Soman Berbogel Tepi Pantai Sempena Hari Jadi, Tiada Tindakan Diambil

#pelakon #Bollywood #Kanser #Poonam Pandey #Servik