Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Laman Utama

“Kanser Tahap 14”- Gaya Kepala Botak Dipersenda, Ini Respon Sharifah Sakinah…

Syafiqah Jalal 07/07/2022 | 03:47 MYT

Gaya rambut baru pelakon Sharifah Sakinah mencuri perhatian netizen baru-baru ini.

Foto dengan potongan rambut hampir botak telah dimuat naik ke akaun Instagram miliknya.

Dalam kapsyennya dia menulis : “And the oscar goes to : GI Jane”

Rata-rata pengikut dan rakan artis memuji penampilan terbaharunya itu menerusi ruangan komen.

“Oh my god (oh tuhanku) Kinah! (nama panggilan) Bergaya!” komen pelakon Hun Haqeem.

“Aku tidak boleh move on. Handsome,” komen juga pelakon dan penyanyi Janna Nick.

“Weh, nice teruk!” komen pelakon Hafreez Adam.

Selain memberikan pujian, Sakinah juga kurang senang dengan satu komen yang diberikan kepadanya yang seolah-olah telah mempersendakan gaya rambut itu.

“Kanser tahap 14,” tulisnya.

Sakinah memuat naik paparan skrin komen itu ke Instagram (IG) Story miliknya dan memberitahu ia hanya potongan gaya rambut sahaja.

“Please leave me alone. It’s only a haircut,” jawabnya.

Sakinah kini difahamkan berada di negara asal suaminya, Michael Hansen di Sweden.

A post shared by Sharifah Sakinah Al-Khaired (@sharifah_sakinah)

#pelakon #Viral #Sharifah Sakinah #Netizen #. #Botak #Tular #Rambut #Kecam
;