UNDI TOP 5 GEMPAK MOST WANTED AWARDS SEKARANG!
Hiburan

Kanye West Datang Ke Grammy 2025 Bersama Isteri Tak Pakai Baju

Maliah Surip 03/02/2025 | 03:25 MYT
Kanye West dan isteri, Bianca Censori adalah antara manusia yang paling tidak bertamadun.

Isteri tak pakai baju

Terkini, rapper terkenal iu berpimpin tangan bersama isterinya yang tidak memakai baju tetapi menyarung sejenis ‘kain jarang’ sekaligus menampakkan alat sulitnya, hadir ke majlis Grammy 2025.

Tanpa sedikit pun rasa malu, Censori memberikan beberapa pose kepada jurugambar di karpet merah majlis gilang gemilang yang diadakan di Crypto.com Arena di Los Angeles.
West pula seperti biasa tampil serba hitam. Mereka hadir ke anugerah tersebut kerana rapper berusia 47 tahun itu tercalon dalam kategori Best Rap Song menerusi lagu Carnival.
Sejak menjalin hubungan pada Januari 2023, pasangan itu sudah menimbulkan banyak kontroversi dan rasa kurang senang terutama pada penampilan Censori yang keterlaluan.
Censori malah sering berpenampilan jelik sama ada menampilkan payu dara atau hampir bogel saat tampil di khalayak.

BERITA BERKAITAN: Wanita Dakwa Dapat Telepati Dari Kanye West Curi Kereta, Netizen: “Kami Percaya”

BERITA BERKIATAN: Makin Gila, Kanye West Umum Isteri Lebih Tidak Berpakaian Tahun ini

#Isteri #Bogel #kanye #west
;