Hollywood

Wanita Dakwa Dapat Telepati Dari Kanye West Curi Kereta, Netizen: “Kami Percaya”

gempak
Maliah Surip
01/09/2024
14:00 MYT
Sponsor Banner
Wanita Dakwa Dapat Telepati Dari Kanye West Curi Kereta, Netizen: “Kami Percaya”
Seorang wanita dari Kentucky ditangkap sewaktu mencuri beberapa kenderaan di kawasan North Main Street.
Hal yang membuat penangkapan wania dengan nama Ricki Smith itu menarik adalah apabila dia mendakwa mencuri kenderaan selepas diarahkan oleh seseorang.
Wanita berusia 28 tahun tersebut mendakwa berhubung secara telepati dengan rapper Kanye West atau Ye yang memberi arahan dia mencuri kenderaan, lapor Tribute.com.
Menurut saksi, Smith dilihat cuba membuka beberapa pintu kenderaan dan berjaya masuk ke dalam sebuah kereta namun tidak mahu keluar selepas ditangkap.
Smith juga telah memasuki sebuah kenderaan lain sewaktu pemilik masuk ke dalam kedai. Pemilik kenderaan mendakwa anaknya berada dalam kenderaan sewaktu kejadian berlaku sebelum dia memaksa Smith keluar.
Dia kemudian membuat laporan polis.
Sewaktu siasatan dijalankan, Smith memberitahu datang dari Louisville ke Evansville selepas keretanya rosak.
Dia kemudian menumpang untuk meneruskan perjalanan sebelum melakukan telepati dengan Ye yang menyuruhkan mencuri kenderaan.
Berita itu mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.
“Kami percaya,” cuit seorang netizen.
“Akhirnya, kita bertemu orang yang lebih gila dari Kanye West,” kata yang lain pula.

BERITA TRENDING: Tiga Kali Jadi Janda, Kim Kardashian Tak Pasti Untuk Kahwin Lagi

BERITA TRENDING: Cabut Semua Gigi Asli, Kanye West Ganti Titanium Harga RM4 Juta

BERITA TRENDING: Makin Gila, Kanye West Umum Isteri Lebih Tidak Berpakaian Tahun ini

BERITA TRENDING: Kanye West Bercinta Dengan Janda Satu Anak

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024