Bukan Kanye West kalau ‘tidak buat hal’ sekaligus menjadi pemberitaan dengan kontroversi yang dilakukan.

BACA: Gara-Gara Tingkah Laku Bermasalah Kanye West, Adidas Disaman

BACA: Kanye West ‘Cuti’ Cakap, Se*ks & Alkohol Sebulan


Terkini rapper sensasi tersebut didapati menyambut ulang tahun kelahiran ke-46nya dengan cara di luar kotak.

West atau Ye dilihat meraikan kedatangan usia baru dengan memesan sushi yang dihidangkan di atas tubuh seorang wanita bogel!



Menerusi potongan video yang tersebar di internet, kelihatan tiga wanita baring dan berbogel di atas meja sebelum chef menghidangkan sushi di atas tubuh mereka.

Sushi-sushi tersebut kemudian disusun menutupi bahagian dada, sekitar perut, alat sulit dan peha mereka.

Lebih mengejutkan, Ye merayakan pesta tersebut dengan kehadiran anak hasil perkahwinan bersama Kim Kardashian, North West yang baru berusia sembilan tahun. North ditemani ‘isteri’ barunya, Bianca Censori.

Pesta tertutup itu diadakan pada hujung minggu di Los Angeles.

Meski menimbulkan kontroversi dan menerima kecaman, menghidangkan sushi di atas badan adalah sebuah ‘seni’ persembahan yang dikenali sebagai Nyotaimori atau sushi badan.

Ia merupakan sebuah tradisi Jepun yang memang sedang menjadi trend dalam kalangan selebriti di Hollywood sekaligus menjadi tema pilihan dalam kebanyakan majlis ulang tahun.