,
Hiburan

Kapten Ahmad Zahiruddin Terharu Dipilih Sebagai Wonda Coffee Keluang Man Of The Month - “Saya Betul-Betul Speechless”

Ainun
09/08/2024
16:00 MYT
Seorang pengendali tren monorel di Kuala Lumpur, Kapten Ahmad Zahiruddin Nordin tidak menyangka dirinya telah tercalon dalam anugerah Wonda Coffee Keluang Man Of The Month edisi Julai.
Katanya, dia benar-benar berasa terharu selepas menerima perkhabaran tentang pencalonannya menerusi anugerah berkenaan.
“Saya rasa teruja dan terkejut kerana terpilih menjadi juara Wonda Coffee Keluang Man Of The Month edisi bulan Julai. Saya betul-betul speechless dan saya rasa saya ni bernasib baik sahaja”, luahnya.
Maklum balas dari penumpang Zahiruddin, 40, turut menceritakan bagaimana perasaannya ketika insiden pokok tumbang yang berlaku beberapa bulan lalu terjadi di depan matanya sendiri.
“Selepas kejadian itu, ramai bos dan kawan mengucapkan tahniah dan syabas kerana menyelamatkan penumpang yang lain.
“Saya juga mendapat beberapa maklum balas dari penumpang yang mengucapkan tahniah kepada saya dan ada juga yang bertanyakan kepada saya di mana perlu tukar tren seterusnya.
“Selain daripada itu, ada juga penumpang yang lain agak terkejut dan bertanyakan kepada saya kenapa kena patah balik. Saya menjawab, ada halangan di depan. Jadi, mereka pun turut melihat ke depan dan berkata ada pokok jatuh la kat depan.
“Setakat ini, memang mereka semua tidak memarahi saya”, jelasnya.

Dapat Penghormatan

Tambah Kapten monorel Zahiruddin, dirinya berasa bangga dengan pencapaiannya kini dan gemuruh kerana mendapat penganugerahan dari Menteri Pengangkutan, Anthony Loke pada dua bulan yang lalu.

BERITA TRENDING: Olimpik Paris 2024: Hadir Sebagai Wild Card, Dhabitah Muncul Penerjun Ke-12 Terbaik Dunia

BERITA TRENDING: Pengguna Luah Rasa Kecewa Stesen Minyak Jual Makanan Berkulat

“Memang terkejut dan takut sebab tak pernah. Sebelum ini, saya pernah jumpa bos paling atas. Yang itu kira okey lagi. Bila kali kedua mereka nak datang berjumpa dengan saya, saya terfikir nak cakap apa, ya? Sebab ketika sidang media, menterilah yang banyak cakap. Saya dekat tepi diam je la.
“Kemudian, dia datang jumpa saya dan terus cakap tahniah serta terima kasih. Saya teruja dan sedikit gementar kerana tidak pernah berhadapan dengan seorang menteri pengangkutan sebelum ini.
“Keluarga saya bangga dengan saya. Saya masih teruskan bercerita macam mana saya menyelamatkan orang. Saya juga menerima sijil dan saya framed sijil itu serta gantung di dalam rumah saya”, katanya.

Ucapan terima kasih

Pemenang Wonda Coffee Keluang Man Of The Month edisi Julai turut memberi ucapan terima kasih kepada mereka yang mengundinya dan memberi beberapa teguran kepada rakyat Malaysia yang menggunakan pengangkutan awam dengan berhemah.

BERITA TRENDING: Amir Ahnaf Pernah Jadi Mangsa Buli, Syukur Dapat Atasi Trauma - “Kalau Saya Tak Hadapi Dengan Betul…”

BERITA TRENDING: Tak Peduli Dilabel Scammer, Sam Lim: "I Can't Control People To Love & Like Me"

“Nasihat saya kepada semua penumpang tolong beratur masuk dengan berhemah. Tunggu orang keluar dulu baru masuk.
“Saya terharu dan sangat berterima kasih kerana memilih saya dari calon yang lain sebagai hero bulan ini. Terima kasih banyak-banyak.
“Harapan saya kepada yang lain buatlah yang terbaik untuk bulan depan”, ujarnya.
Undian bagi kategori Wonda Coffee Keluang Man Of The Month telah pun dibuka secara rasmi kepada umum.
Wonda Coffee Keluang Man Of The Month yang turut berada di samping 11 kategori sedia ada Gempak Most Wanted merupakan inisiatif bagi mengiktiraf individu viral di sosial media atas usaha murni yang telah mereka lakukan.
Inisiatif ini sekali gus dapat membantu dalam mempermudahkan urusan mereka yang memerlukan bantuan serta memberi impak yang positif dalam komuniti kita.
Kenapa Keluang Man? Seperti Keluang Man, dia juga merupakan insan biasa yang mempunyai keberanian luar biasa yang tinggi walaupun dia tidak mempunyai kuasa, tiada gadget berteknologi tinggi, tapi dia sangat berani dan itulah kekuatan sebenar seorang Keluang Man.
Undian dibuka bermula Rabu, 11:00 malam setiap awal bulan dan berakhir pada Rabu, 10:30 malam setiap akhir bulan. Undian boleh dibuat di www.gempak.com/gempakmostwanted.
Seorang pemenang setiap bulan akan diumumkan dan ditemubual di segmen Gempak Most Wanted.
Jom calonkan hero Wonda Coffee Keluang Man Of The Month di sini!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Calon Wonda Coffee Keluang Man Of The Month: Cinta Seorang Cat Lover, Yayan Sanggup Habiskan Masa & Tenaga Selamatkan Kucing Jalanan

gempak
22/06/2024
13:20 MYT
Pencinta dan penyelamat kucing jalanan, Nor Izyan Syahida atau Yayan tidak menyangka dirinya tercalon bagi anugerah Wonda Coffee Keluang Man of The Month untuk bulan ini.
Hiburan

Aleeya Zailan Puji Penganjuran Wonda Coffee Keluang Man Of The Month - “Ramai Yang Suka Buat Kebaikan”

gempak
14/06/2024
07:32 MYT
Usahawan dan pempengaruh, Aleeya Zailan akui terkejut apabila dinobatkan sebagai juara anugerah Wonda Coffee Keluang Man Of The Month pada 5 Jun lalu.
Viral

Undian Dibuka, XYZ Team, Yayan & Jiu Ming Ge Calon Wonda Coffee Keluang Man Of The Month!

gempak
02/06/2024
14:25 MYT
Undian bagi kategori Wonda Coffee Keluang Man Of The Month telah pun dibuka secara rasmi kepada umum.
Keluang Man

Wonda Coffee Keluang Man Of The Month: Jom Calonkan Individu Pilihan Anda Untuk Bulan Jun!

gempak
31/05/2024
13:55 MYT
Seperti yang diumumkan sebelum ini, Gempak Most Wanted telah memperkenalkan kategori baharu iaitu Wonda Coffee Keluang Man Of The Month!
Hiburan

Undian Dibuka, Lee Weng Foong, Aliff Ahmad, Saharuddin Amirullah & Aleeya Zailan Calon Wonda Coffee Keluang Man Of The Month!

gempak
01/05/2024
16:25 MYT
Undian bagi kategori Wonda Coffee Keluang Man Of The Month telah pun dibuka secara rasmi kepada umum.