Skip to main content

Trend Pasaran

Tak Peduli Dilabel Scammer, Sam Lim: "I Can't Control People To Love & Like Me"

astro-gempak-sam-lim.jpg

Pempengaruh dan pencipta kandungan, Sam Lim tidak mengambil pusing cakap-cakap nakal sebilangan netizen yang mendakwa dirinya sebagai scammer dan penipu.

Cemuhan yang dilemparkan sesetengah individu bermulut jahat langsung tidak memberi kesan terhadap lelaki berusia 31 tahun itu.

“Saya pernah melihat banyak komen yang mendakwa saya scammer, ada juga yang kata saya dah bagi hadiah tetapi ambil semula. Benda ini kita tak boleh cakap apa.

“Sebenarnya, saya tak kisah sebab saya sendiri yang rasa apa yang saya buat. I don’t care what people looking at me.

"Saya yakin mereka akan percaya. Untuk yang tidak percaya, saya tidak boleh nak kata apa. I just be myself. I can't control everyone in the world to love me, to like me," katanya kepada Gempak.

Sifat pemurah dan dermawan yang ditonjolkan Sam mengundang rasa kagum terutama pengguna laman sosial.

Kata Sam Lim, dia percaya keikhlasan yang dilakukannya akan memberi pulangan lebih banyak dan baik untuk dirinya dan juga keluarga.

Dia juga percaya karma pasti akan berbalik sekiranya melakukan pekerjaan yang tidak halal.

"Saya buat kerja halal, bukan buat kerja haram. Saya gembira apabila melihat orang yang menerima hadiah daripada saya juga gembira.

"Percayalah pada karma. Jika kita buat baik yang berbalik kepada kita juga yang baik-baik. Tetapi kalau kita buat perkara tak baik, mungkin lima atau enam tahun kita pasti akan dapat balasan," katanya lagi.

Pempengaruh yang menarik perhatian ramai itu kini mempunyai 2.3 juta pengikut di TikTok.

Must-Watch Video

Advertisement