Baju kardigan ikonik dipakai vokalis kumpulan Nirvana, Kurt Cobain ketika persembahan album Unplugged pada 1993 akan dijual Jumaat ini!
Pakaian sejuk berwarna hijau zaitun yang sudah lusuh itu mempunyai kesan kotoran gelap dan satu lubang kecil disebabkan terkena puntung rokok.
Kardigan tersebut dijangka dijual antara AS$200,000 (RM836,460) hingga AS$300,000 (RM1.25 juta) pada lelongan Jumaat ini.
Pelelong Julien’s Auctions dalam satu kenyataan berkata, gitar Mustang Fender milik Cobain yang digunakannya sewaktu konsert jelajah In Utero juga akan dijual dalam lelongan selama dua hari itu.
Ini kali kedua Julien’s melelongkan kardigan jenama Manhattan itu yang pernah dijual pada harga sebanyak AS$137,500 (RM575,231) pada November 2015.Julien’s mendapatkan kardigan itu daripada Jackie Farry, pengasuh anak perempuan Cobain, Frances Bean yang kini berusia 27 tahun.Persembahan langsung album Unplugged dirakam kurang enam bulan sebelum Cobain membunuh diri.
Kertas pinggan terpakai yang digunakan penyanyi itu untuk menulis senarai lagu Nirvana bagi persembahan di sebuah kelab di Washington dilelong sebanyak AS$22,400 (RM93,710) pada awal tahun ini.
Satu lagi kardigan yang dipakai Cobain pada sesi penggambaran terakhirnya berjaya dijual pada harga AS$75,000 (RM313,762).
Sumber: Harian Metro
Fiza Kamarudin
Tue Oct 22 2019


“Tak Pernah Terfikir Pula…” - Single Terbaharu Suki Tiada Kaitan Dengan Isu Curang
Tak ada kaitan dengan sesiapa.
.png?ext=.png)
ATNM2: Guru, Tukang Jahit, Busker - Siapakah 16 Peserta Yang Berjaya Merebut RM50,000 Malam Ini?
Siapakah 16 Peserta ATNM2 Yang Berjaya Merebut RM50,000 Malam Ini?
![[VIDEO] Janna Nick Puji Fikry Ibrahim, Sanggup Tolak Semua ‘Job’ Demi Ibu - “Kita Pula Sedih Tengok…” [VIDEO] Janna Nick Puji Fikry Ibrahim, Sanggup Tolak Semua ‘Job’ Demi Ibu - “Kita Pula Sedih Tengok…”](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2019-flavettesglowingstar/ekin-punya-44.png?ext=.png)
[VIDEO] Janna Nick Puji Fikry Ibrahim, Sanggup Tolak Semua ‘Job’ Demi Ibu - “Kita Pula Sedih Tengok…”
Rezeki Fikry dapat jaga ibu...
![[VIDEO] Edit & Buang 2 Angka Nombor Plat Kereta Baharu, Amir Raja Lawak Tampil Mohon Maaf [VIDEO] Edit & Buang 2 Angka Nombor Plat Kereta Baharu, Amir Raja Lawak Tampil Mohon Maaf](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2019-flavettesglowingstar/doc/whatsapp-image-2023-02-05-at-12-33-10-am.jpeg?ext=.jpeg)
[VIDEO] Edit & Buang 2 Angka Nombor Plat Kereta Baharu, Amir Raja Lawak Tampil Mohon Maaf
Amir dah minta maaf
_2.png?ext=.png)
“Malang Tidak Berbau, Anak Ibu Jatuh…” - Siti Nurhaliza Syukur Aafiyah Selamat Jalani Terapi
Semoga cepat sembuh

Krisdayanti Beri Cucu Usia Kurang 1 Tahun Kopi: “Ya Allah Ketagih Seperti Nenek”
Nama Krisdayanti sedang menjadi bualan hangat warganet Indonesia selepas video dia memberi cucunya kopi viral sejak semalam.

Fatin Afeefa Dapat Nafkah Bulanan Cecah 5 Angka? Suami Jawab; “Perkahwinan Adalah Perniagaan”
Untung Fatin

Kelar Leher, Balut Dalam Plastik Hitam & Tanam Sebab Takut Hubungan Sulit Terbongkar
Bimbang selepas hubungan sulit terbongkar, seorang lelaki warga India bertindak membunuh dan menanam suami kepada teman wanitanya

Bintang Legenda, Julie Sudiro Meninggal Dunia Akibat Masalah Paru-Paru
Salam takziah buat keluarga...
_1.png?ext=.png)
Neelofa Preloved Koleksi Kasut Jenama Mewah; “Harga RM14,000, Tapi Nak Jual RM1,000 Je…”
Wow murah!