BERITA

Karier Lakonan Semakin Berkembang, Mas Khan Anggap 2018 Tahun Bermakna Bagi Dirinya

Rozaimi Zubaidi 02/01/2018 | 06:34 MYT
Pelakon filem Busker, Mas Khan mengakui 2018 merupakan tahun paling bermakna pada dirinya.
Menurut Mas Khan, dia bersyukur kerana jadual lakonannya sudah padat sehingga Jun depan dengan pelbagai tawaran lakonan.
"Alhamdulillah karier lakonan saya semakin berkembang selepas membintangi filem Abang Long Fadli 2 pada tahun lalu yang mendapat sambutan di hati penonton.
"Malah jadual seni saya juga padat pada tahun ini dan saya akan berlakon untuk tiga buah filem, drama dan telefilem.
"Bermula pada Januari hingga Jun ini jadual saya sudah penuh.
"Saya juga diberi peluang untuk memegang watak utama dan saya anggap tahun baru ini amat bermakna untuk perjalanan kerjaya seni saya.
"Apa yang penting saya mahu berusaha keras dalam karier supaya dapat memperoleh kejayaan suatu hari nanti," katanya kepada Astro Gempak.
Mas Khan berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan perdana Filem Busker, di e@curve, Mutiara Damansara, baru-baru ini.
Selain Mas Khan, filem Busker turut dibintangi oleh Hafeez, Dayan Anas Ridzuan dan Bulan.
Filem arahan Syed Khairul Fariz ini bakal ditayangkan dipawagam bermula 11 Januari 2018.
#pelakon #Pelakon #Filem Busker #Mas Khan