Astro AWANI telah mewujudkan satu inisiatif untuk meyokong usahawan dan para peniaga kecil, mikro dan sederhana (PKS) ke arah pemulihan ekonomi dengan kempen JIWA SME.

Inisiatif ini diteruskan lagi melalui satu persidangan percuma dan terbuka kepada semua Rakyat Malaysia secara fizikal yang di namakan JIWA SME 2023.

JIWA SME 2023 merupakan persidangan fizikal dan karnival rakyat yang diadakan secara percuma serta terbuka kepada semua usahawan terutamanya usahawan kecil dan mikro, orang ramai dan sesiapa sahaja yang berminat.

Bertemakan Kami Boleh…Anda Pun Boleh!, ia diadakan melalui semangat dan sempena mengambil inspirasi dari budaya Founders ataupun Instaprenuers yang mana telah membuka lembaran baru bagi usahawan muda di Malaysia untuk berani menceburi bidang perniagaan dan keusahawanan.

Kami Boleh…. Anda Pun Boleh! di adakan dengan objektif untuk memberi inspirasi dan menyuntik semangat kepada usahawan untuk membina semula perniagaan pasca pandemik dan mengharungi persaingan dunia perniagaan yang semakin sengit.

Sudah pastinya, perkongsian dari usahawan Founders atau Instaprenuers yang berjaya dan sesi ilmu perniagaan yang di tawarkan di JIWA SME 2023 ini mampu memberikan input, tips, dan pengetahuan yang berguna kepada semua usahawan untuk lebih berdaya saing dan maju.

JIWA SME 2023 menawarkan pengisian dan program-program yang menarik antaranya:

1. Perkongsian pengalaman dari Founders yang berjaya yang dapat mencetuskan inspirasi kepada semua usahawan dan pengunjung.

Antaranya Datin Nor Hafizah Saad (Ar Rayyan Hijrah), Tya Arifin (Mutyara), Khai & Rosma (KR Successful) dan Rizman Ruzaini.

2. Sesi Perkongsian ilmu seperti sesi rahsia instashop berjaya, sesi tips penulisan pelan perniagaan, sesi jadi pakar jualan professional, kuasa viral radio dan sesi dari kampung ke bukit bintang yang dapat memberikan maklumat, tips dan pengetahuan yang berguna.

Antaranya DJ Fuzz, Endevour, The Lorry, Pasta Panas, Hasbul Brothers, Tik Tok, Chicken Royale, Fellerra Beauty Malaysia, Elegant Cosmetics.

3. Booth Jualan dan Pameran yang gah dan tersedia merupakan karnival rakyat yang sudah pastinya akan menarik semua pengunjung terhadap produk dan perkhidmatan yang di tawarkan. Seperti Booth Jualan dari speakers dan lain-lain lagi.

4. Program hiburan juga akan disediakan bagi menarik perhatian orang ramai dan pengunjung untuk sama-sama memeriahkan JIWA SME 2023. Seperti Ara Johari, Yasmin Aziz, Amsyar Lee, Rizal Rashid dan Anding Indrawani.

Karnival ini berlangsung selama 3 hari bermula 13, 14 dan 15 Januari 2023 bertempat di Malaysia Grand Bazaar, Bukit Bintang City Centre Kuala Lumpur.

Jadi apa tunggu lagi, jangan lupa hadir hujung minggu ini ya.