Nama wanita cantik yang aktif dalam dunia politik dikenali sebagai Cleopatra atau nama sebenarnya Nur Fathiah Syazwana Shaharuddin menjadi perbualan hangat netizen di Twitter sejak dua hari lalu.

Cleopatra menerusi Twitter miliknya memuat naik paparan skrin perbualan antara netizen yang menggelar dirinya sebagai ‘pornstar’.

“Oh minah ni ke? Pornstar ni. Kiki,” komen netizen.

Hanya tenang membalas kenyataan itu, Cleopatra memberitahu dia hanya seorang ibu tunggal kepada dua orang cahaya mata dan berharap netizen berhenti berkata demikian kepadanya.

“Saya ibu tunggal dua cahaya mata. Please don’t say this to me (tolong jangan cakap begini kepada saya),” tulis Cleopatra.

Malah Cleopatra turut membalas salah satu komen netizen yang mengatakan dia akan memikirkan berulang kali untuk mengundi parti politik Pakatan Harapan (PH) disebabkan wanita itu.

Bagaimanapun Cleopatra menegaskan dia bukan la salah seorang ahli parti politik tersebut malah tidak pernah mengambil rasuah.

“And I am not PH. I am not corrupt,” balasnya lagi.

Rata-rata netizen mempertikaikan tindakan individu tersebut yang menggelarkan orang lain dengan gelaran tidak baik.

“Hanya nak beritahu sesiapa yang hina orang berdasarkan fizikal atau pakaian, anda sangat. lemah sebab anda tak ada bahan atau topik fakta untuk berdebat dan memilih untuk mnghina fizikal orang. Dengan ni maksudnya anda hina ciptaan Tuhan.

“Tuduhan zina (dia mention pornstar) adalah tuduhan berat. Senang-senang kau label org mcm tu. Tanggung sendiri la kat akhirat nanti bang.

“Dalam Islam benarkan ke duk label orang pornstar? Cakap macam macam tu tak dosa ke?” komen beberapa netizen.

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini.

Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!