BERITA
"Kasih Sayang Allah Tidak Akan Dirasai Tanpa Ujian" - Ini Pesanan Puteri Sarah Buat Kaum Wanita
Pelakon Puteri Sarah tampil memberi nasihat kepada kaum wanita yang sering bersedih apabila menerima ujian.
Menerusi entri di Instagram (IG), Sarah berkongsi pesanannya kepada wanita diluar sana supaya tabah apabila menerima ujian dalam hidup.
"Bagi wanita yang bersedih di luar sana.Senyumlah kerana Allah sedang mengujimu mengikut kemampuanmu.
"Kasih sayang Allah tidak akan dirasai tanpa UJIAN, kehambaan tidak akan dirasai tanpa MUNAJAD, keinsafan tak akan dirasai tanpa MUHASABAH.
"Banyak mana ujian Allah banyak itulah kasih sayang Allah pada kita. Percaya dan Yakinlah pada kata janjiNya.
"Wanita yang hebat itu mampu menghapus airmatanya sendiri dan kemudiannya bangkit dari kesedihannya," tulisnya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata memuji mengucapkan terima kasih atas nasihat yang diberikan serta mereka turut mendoakan kebahagiaannya bersama suami.
Puteri Sarah dan Shamsul Yusof berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan seorang cahaya mata Syaikhul Islam yang kini berusia dua tahun.