Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Kasihannya, Kaki Ramona Zamzam Calar-Balar Kena Batu Karang Ketika Bercuti

Amri Hassan
16/10/2020 02:50 MYT
Pelakon Ramona Zamzam berkongsi keadaan terkini kakinya yang terluka ketika berenang di sebuah pulau di Johor baru-baru ini.

Jelas Ramona, insiden itu terjadi ketika dia sedang menaiki tangga dari laut untuk ke kawasan darat.

"Ramai yang bertanya keadaan kaki saya yang luka tempoh hari. Inilah rupanya sekarang.

"Sedang pulih tapi agak teruk calarnya. Ha padan muka pakai lagi seksi-seksi.

"Apa yang terjadi sebenarnya saya lompat dari jeti hotel tempat bot hantar orang, tak ada masalah pun tapi masa nak naik tangga dari dalam laut, hari itu ombak kuat sebab dah nak monsur, kemudiannya saya tertolak dan terus terlanggar batu karang yang melekat di tepi tangga.

"Maka, jadilah kejadian berdarah. Tapi tak sakit pun. Jangan bimbang... Terima kasih kepada yang bertanya," kongsinya.



Dalam pada itu, Ramona akui terkesima apabila berpeluang berkunjung ke pulau-pulau cantik sekitar Johor sebelum Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan.

"30 tahun duduk Malaysia tak pernah tahu Johor ada pulau-pulau cantik mcm ni.

"Saya sangat gembira dapat bercuti bersama keluarga biarpun singkat.

"Sempat balik sehari sebelum PKPB 2.0 bermula jadi sekarang duduk rumah diam-diam.

"Banyak sangat pulau yang kami pergi. Jangan tanya nama pulau-pulau itu sebab saya sudah lupa," tulisnya menerusi entri di Instagram.

30 tahun duduk Malaysia tak pernah tau Johor ada pulau2 cantik mcm ni ? So happy i managed to go for a quick vacation bersama family, sempat balik 1 day before PKPB 2.0 bermula so now duduk rumah diam2 ? Banyak sgt pulau yg kitorang pegi, don’t ask me, Ramona dah lupa semua nama pulau2 tu but you can check with @pridestour kalau nak holiday kat sana ? All of us are wearing @ripcurlmy ?? #RipCurlMY #PulauMersing #CutiCutiMalaysia

A post shared by Ramona Zamzam (@ramonazamzam) on


Ramona berkongsi kompilasi video sepanjang bercuti di pulau terbabit bersama suami, Rami Alashkar dan anaknya, Ivanna Alashkar.

Malah, Ramona turut memuji keindahan panorama pulau-pulau di Semenanjung Malaysia yang disifatkannya setanding dengan lokasi pelancongan negara jiran, Indonesia.

"Masih tak percaya ada tempat macam ni di Johor. Gembiranya dapat ke sini yang mengingatkan saya dengan Labuan Bajo," tambahnya.

Masih tak percaya ada tempat mcm ni kat Johor ? Habis seluar comot sbb kitorg hike utk sampai ke atas tu ? So happy to be here, this place reminds me of Labuan Bajo sikit2. Thank you @pridestour bwk dtg to this secret place!! ? Wearing everything @ripcurlmy ??

A post shared by Ramona Zamzam (@ramonazamzam) on

Bukan Gili Trawangan, Johor je ? @pridestour P/S : Can you believe it, Rami’s t-shirt & board shorts are made from recycled bottles & recycled cottons ? Love how @ripcurlmy is giving it back to mother nature ❤️ #RipCurlMY

A post shared by Ramona Zamzam (@ramonazamzam) on

First time at Pulau Babi Besar, finally some beach time again! @pridestour took us here, excited for more island hopping esok! We both are wearing @ripcurlmy from top to toe ❤️ #RipCurlMY #PulauBabiBesar #PridesTour

A post shared by Ramona Zamzam (@ramonazamzam) on



#Ramona Zamzam #Johor #Pulau
;