Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

“Kat GV Mungkin Naqiu Gembira Menyanyi Atas Pentas Bulat Kecil Tu, Tapi Kat MLM Benda Tu Seram” – Mamat Sepah

Fiza Kamarudin
23/12/2019 18:21 MYT
Anggota kumpulan Stone dalam Maharaja Lawak Mega (MLM) 2019, Mamat, telah memuat naik status yang membuatkan pengikut di laman sosialnya terhibur.

Menerusi sebuah posting di Facebook (FB), Mamat telah berkongsi foto juara Gegar Vaganza (GV) 2019, Naqiu membuat persembahan di atas pentas bulat.

Pentas bulat berkenaan sangat digeruni oleh peserta MLM 2019 kerana ia digunakan untuk peserta bottom four sebelum disingkirkan.

Pada ruangan kapsyen Mamat berkata, pentas berbentuk bulat kecil itu adalah menyeramkan di MLM 2019.

“Kat dalam Gegar Vaganza mungkin Naqiu gembira menyanyi di atas pentas bulat kecik tu…Tapi kat dalam Maharajalwak pentas kecik tu ada lah menyeramkan,” tulisnya merujuk kepada persembahan Naqiu pada minggu Separuh Akhir GV 2019.

Rata-rata pengikut Mamat bersetuju dengan kenyataan tersebut dan menganggap pentas tersebut suwey atau pentas malang.

Mungkin benar kata pengikut Mamat, kerana selepas lapan minggu MLM 2019 bersiaran, Stone sudah empat kali berdiri di atas pentas keramat itu.

Mengulas mengenai prestasi mereka sejak tiga minggu kebelakangan ini, Stone tidak menjadikan perkara tersebut sebagai pematah semangat.

“Stone akan terus memberikan persembahan yang terbaik dan bersaing secara sihat di pentas MLM 2019.

“Tiga minggu berturut-turut berdiri di atas atas pentas bottom four tidak mematahkan semangat kami, sebaliknya kami akan tingkatkan lagi prestasi pada masa akan datang,” kata Stone ketika ditemui Gempak.

Tambah Stone lagi, menjelang minggu suku akhir ini persaingan semakin sengit ditambah pula dengan dua tugasan yang diberikan untuk dipersembahkan Jumaat ini.

Jangan lupa saksikan di MLM 2019 suku akhir yang bertemakan Parodi (Artis Jemputan) dan Trend Terkini.

Minggu lalu, dua bintang MLM 2019 iaitu, Rojak dan satu-satunya peserta solo dari Indonesia, Rahmet disingkirkan.

Tinggal enam lagi peserta iaitu Rare, Zero, Stone, Bocey, Jborn dan Puteh yang bakal berentap di minggu kesembilan sebelum mara ke pentas separuh akhir.

MLM 2019 bersiaran setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Auditorium Royal Teater Shah Alam dan boleh ditonton secara eksklusif di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124).

Jangan lupa mengundi peserta bintang MLM 2019 kegemaran anda untuk Oppo Punchline Machine di:

1.Undian boleh dilakukan di gempak.com/maharajalawakmega
2.Undian SMS: Taip ML<jarak>NAMA KUMPULAN atau ML<3/5/10/20><jarak>NAMA

KUMPULAN untuk 3/5/10/20 undian ke 32777.
Untuk perkembangan terkini MLM2019, layari gempak.com/maharajalawakmega
 
#MLM2019 #STONE