Gara-gara sekeping foto, aktres Syatilla Melvin atau lebih mesra dipanggil Tilla mendapat perhatian netizen.

Tilla berkongsi dan memuat naik foto berpakaian seperti kebiasaannya di akaun Instagram (IG) miliknya.

"Haiii bukak apa wei harini," tulisnya secara ringkas sebagai kapsyen.

Rata-rata pengikut Tilla seolah tidak percaya dengan penampilan dirinya yang tidak seperti wanita lain yang baru bersalin.

"@razziahkhan: Wouuu gila punya seksi bah! Baru beranak sudah kempis."

"@ermanadiya: Woww kurusnya bubu."

"@_cekdaa: Wauu tak macam mak orang. Muda mudi."

"@baby_syasyieta: Awat cepat sangat kecut haha haishh harap-harap lah aku gini juga. Lepas beranak selim teruih huhu."

"@virgoliss: Slim nampak dah."

"@mariakhaira: Dia ni lepas beranak ja elok sedia teruih takdan apa."

Namun, ada segelintir pengikut menjadi 'mak cik bawang' mempersoalkan bilakah foto ini diambil selepas melihat Tilla yang memakai seluar biarpun dia kini sedang berpantang.

"@pnyaya: Kata bersalin czer takkan dah pakai seluaq. Ni gambar bila?"

"@zlazehra: Tempat operate hang dah tak sakit ka?"

Tilla baru sahaja melahirkan anak keduanya yang dinamakan Sarima pada 15 April lalu.

Tilla dan aktor Shaheizy Sam telah mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Syeriv Samheizy pada 9 Mei 2017.

Haiii ???bukak apa wei harini?

A post shared by S Y A T I L L A M E L V I N (@samtilla) on