"Kata Nak Rahsia..." - Fuad Rahman 'Kantoikan' Tom Kini Hamil Sebulan
Amri Hassan
23/06/2023 15:55 MYT
23/06/2023 15:55 MYT
Biarpun diduga dengan berita keguguran sekitar dua bulan lepas, pasangan GV9, Fuad Rahman dan Tom bakal menimang cahaya mata apabila penyanyi itu disahkan kini hamil sebulan.
BACA: “Turun Darah, Pergi Periksa Doktor Kata Baby Dah Tak Ada...” - Tom Keguguran, Fuad Reda Belum Rezeki Timang Anak
Fuad membuat pengumuman terbabit ketika memberikan ucapan dalam sebuah majlis di Singapura pada Jumaat.
"Selepas GV9 saya dapat jumpa balik kekasih hati saya iaitu Tom, kita rahsiakan percintaan kita. Kemudian, saya melamar dia sebelum orang lain ambil.
"Beberapa bulan lepas isteri saya keguguran, tapi Alhamdulilah dua hari lepas dia asyik alahan saja, bila pergi check Alhamdulillah doktor kata dah sebulan usia kandungan," kata Fuad ketika sesi meet & greet bersama peminat.
Tom yang terkejut dengan pengumuman itu mengharapkan doa orang ramai untuk dipermudahkan urusan kehamilannya kali ini.
"Kata nak rahsia? Tak apalah, alang-alang suami dah bagitahu, saya minta doakan anak dalam kandungan sihat dan dapat melahirkan anak kami dengan selamat. Amin," tulisnya bersama hashtag #fuadrahmanjunior.
Tom dan Fuad mendirikan rumah tangga pada majlis tertutup pada 26 Februari lalu.
Sebelum ini, Tom dan Fuad pernah menjalin hubungan cinta pada 2005, namun, berpisah pada 2010 apabila Fuad ditahan Polis Singapura dan dihukum penjara akibat penyalahgunaan dadah.
Cinta mereka bertaut semula selepas masing-masing terbabit dalam musim kesembilan Gegar Vaganza (GV9), tahun lalu.