,
Laman Utama

“Turun Darah, Pergi Periksa Doktor Kata Baby Dah Tak Ada...” - Tom Keguguran, Fuad Reda Belum Rezeki Timang Anak

Mya Amri
07/04/2023
07:46 MYT
Penyanyi, Tom akui reda apabila hasrat untuk menimang cahaya mata bersama suaminya, Fuad Rahman belum tercapai.
Tom ketika ditemui Gempak mendedahkan dia baru sahaja mengalami keguguran dua hari lalu ketika usia kandungan mencecah tiga minggu.
“Saya baru sahaja alami keguguran dua hari lepas, usia kandungan pun masih baru lagi dalam dua tiga minggu.
“Tak mengapalah, tak ada rezeki. Sebelum ini kami tidak merancang dengan betul jadi kali ini kami akan cuba rancang sebaiknya. Insya-Allah ada rezeki adalah,” katanya.
Tom dan Fuad ditemui selepas majlis tayangan program raya Astro 2023, bertempat di Le Meredian, Petaling Jaya pada Khamis.
Mengulas mengenai kandungannya, Tom menyatakan telah membuat rakaman video untuk berkongsi berita gembira itu kepada peminat namun tidak kesampaian.
“Sebelum keguguran, saya memang tahu saya dah hamil. Siap kami buat video untuk berkongsi berita baik itu tapi baby tak jadi.
“Saya turun darah, kemudian pergi buat pemeriksaan dan doktor memaklumkan baby sudah tiada. Tak apalah.
“Baby pun masih baru lagi memang senang nak gugur, saya pun seorang yang aktif. Tidak mengapa, tiada rezeki. Insya-Allah selepas ini kami rancang betul-betul dan jika ada rezeki kami terima,” ujarnya.
Terdahulu, pasangan ini mendirikan rumah tangga dalam sebuah majlis tertutup pada 26 Februari lalu.
Tom dan Fuas sebelum ini pernah menjalinkan hubungan cinta sekitar tahun 2005 namun ikatan itu terputus pada 2010 apabila Fuad ditahan pihak polis Singapura dan dijatuhkan hukuman penjara akibat penyalahgunaan dadah.
Cinta mereka kemudiannya kembali bertaut selepas sama-sama terlibat dalam program Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) tahun lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

“Tak Ada Kawan, Takut Cepat Bosan Belajar Seorang” – Anak Luah Rasa Terharu, Ibu Sanggup Sambung Belajar Demi ‘Teman’ Dalam Kelas

gempak
21/11/2024
14:55 MYT
Nekad temani anak, seorang ibu sanggup menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Kewangan Perniagaan bersama-sama.
Hiburan

“Jangan Hidup Atas Kesusahan Orang Lain” - Idzham Ismail Pesan Ibu Bapa Kena Utamakan Tanggungjawab Pada Anak

gempak
21/11/2024
12:50 MYT
Pelakon Idzham Ismail mengingatkan setiap ibu bapa perlu meluangkan masa bersama anak-anak tanpa menyusahkan orang lain.
Viral

Demi Selamatkan Anak, Ibu Maut Dig*lis Keretapi

gempak
21/11/2024
06:03 MYT
Seorang wanita maut manakala anaknya putus kaki selepas dirempuh dan digilis kereta api dalam kejadian di Kampung Petagas, Sabah, pada Selasa.
Hiburan

Michelle Yeoh Sedih Tiada Anak, Sedar Tidak Boleh Hamil Sejak 1988

gempak
19/11/2024
14:50 MYT
Kehidupan Tan Sri Michelle Yeoh yang menjadi pesohor Hollywood mungkin dilihat penuh glamor.
Hiburan

Adik Neelofa Bakal Timang Cahaya Mata Lelaki!

gempak
17/11/2024
08:55 MYT
Adik lelaki kepada pengacara dan usahawan terkenal, Noor Neelofa iaitu Mohamed Aqief bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.
Unitar