Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Katrina Kaif & Suami Terima Ancaman Bunuh, Pelakon Manvinder Singh Ditahan Polis?

Amri Hassan
26/07/2022 13:55 MYT
Pasangan pelakon Bollywood, Katrina Kaif dan Vicky Kaushal menjadi perhatian ramai baru-baru ini apabila didakwa menerima ugutan bunuh di media sosial.

Seperti yang dilaporkan media antarabangsa, pihak polis Mumbai bagaimanapun telah menahan seorang pelakon lelaki, Manvinder Singh.

Memetik laporan Times of India, Manvinder telah ditahan pihak berkuasa sehingga 28 Julai bermula Selasa untuk siasatan.

Manvinder juga difahamkan merupakan salah seorang peminat setia Katrina dan pernah menyatakan hasrat untuk mengahwininya. Antara lain, Manvinder pernah menyunting fotonya bersama Katrina untuk dimuatnaik di media sosial.

Menurut polis, Manvinder telah mencipta akaun palsu dengan nama 'kingadityarajput' yang mana telah memuatnaik beberapa foto pelakon Bollywood termasuk Katrina.

Difahamkan juga, lelaki terbabit mula mengekori Katrina sejak beberapa bulan lalu dan telah mengganggunya di media sosial sehingga kali terakhir mengugut untuk membunuh aktres itu dan suaminya.

Vicky pada Isnin lalu telah membuat laporan polis berhubung ancaman terbabit yang diterimanya menerusi Instagram.

Polis kemudian telah menahan Manvinder pada hari sama dan dihadapkan ke mahkamah pada Selasa.

Untuk rekod, Katrina dan Vicky telah berkahwin pada akhir tahun 2021.

Sumber: The Indian Express, Pinkvilla, India Today
Foto: IG Katrina Kaif, carian Google

#pelakon #Viral #Bollywood #Katrina Kaif #Bunuh #Vicky Kaushal #Ancam #Manvinder Singh