Hiburan

“Kau Boleh Nyanyi Ke Tanpa Muzik?” Lawak Betul Gelagat Siti Sarah Menyanyi Ikut Gerak Tangan Tok Ram

gempak
Mya Amri
27/04/2020
10:35 MYT
Sponsor Banner
“Kau Boleh Nyanyi Ke Tanpa Muzik?” Lawak Betul Gelagat Siti Sarah Menyanyi Ikut Gerak Tangan Tok Ram
Penyanyi Siti Sarah Raissuddin mengenang kembali kenangan sewaktu bertemu dengan Maestro muzik terkenal, Datuk Ramli MS.
Menerusi akaun Instagramnya, Sarah memuat naik video pendek merakamkan dirinya sedang menyanyi sambil mengikuti gerak tangan Datuk Ramli atau lebih mesra dengan panggilan Tok Ram.
Lebih menghiburkan lagi apabila gelagat Tok Ram yang berleter sewaktu memberikan panduan kepada Sarah. Reaksi Sarah mengerakkan kepalanya mengikuti tangan Tok Ram juga turut mendapat perhatian pengikutnya.
“Dah stop ke belum? Tok Ram tanya kau boleh ke menyanyi tanpa muzik, hanya ikut counting tangan dia je.
“Okay kita cuba, tapi yang tak fahamnya dia kata stop tapi tangan dia bergerak lagi. Cuba cerita betul-betul saya yang tak faham ke atau tangan Tok Ram yang tak berhenti?” tulisnya.
Tidak hanya pengikutnya, video tersebut juga turut mendapan komen-komen lucu rakan selebriti. Terdahulu, Sarah memberitahu video tersebut direkodkan sebulan sebelum Perintah Kawalan Pergerakan bermula.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live