"Kau Cakap Kau Tak Nak Bawak Balik Berhala..." - Penerbit Shahrulezad Dedah Azhan Rani Tak Nak Simpan Trofi Di Rumah

ZULHILMI JALIL
Disember 24, 2019 05:15 MYT
Pengarah yang juga penerbit Radius One, Shahrulezad mendedahkan perangai pelakon Azhan Rani yang tidak suka membawa pulang ke rumah setiap trofi kemenangannya.
Sebaliknya, Shahrulezad memberitahu, semua trofi itu akan disuruh disimpan di pejabat syarikat produksi sahaja.
"Setiap piala kemenangannya dia akan suruh abam yang simpan di pejabat Radius One. Dia tak nak bawak balik. Dia tak dihurungi rasa riak dan bangga dengan anugerah itu.
"Setiap kali abam masuk opis, abam akan tersenyum melihat piala ini sebab teringatkan telatah kau paksa aku bawak balik piala ni. Kau cakap kau tak nak bawak balik berhala balik rumah..hehehe," tulisnya menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram.
Dalam perkongsian entri itu, Shahrulezad turut berkongsi gambar kenangannya bersama pelakon berusia 43 tahun itu.
Pada masa sama, pengarah yang popular menerusi drama Nur itu menyifatkan Azhan sebagai seorang pelakon yang mempunyai budi pekerti yang mulia.
"An (panggilan Azhan)...kalau kau baca posting ni sila scroll laju- laju tau sebab aku tahu kau tak suka dipuja puji. Kau jadi kekok.
"Abam minat dengan dia bukan sahaja kerana bakatnya yang memukau, tetapi dia punya pekerti yang sangat merendah diri. Dia buat kita rasa selesa dan menyenangkan.
"Semoga Allah memberi peluang untuk abang bekerjasama dengan dia lagi. Bukan sebab bakatnya tetapi sebab kerana kemanusiaannya," coretnya.
Entri tersebut kemudian turut mendapat respons Azhan yang meluahkan rasa rindu untuk bekerjasama bersama penerbit tersebut.
"Rindu juga nak kerja dengan kau Ijat. Jomlah buat cerita raksasa lawan rama-rama pulak," selorohnya.
Baru-baru ini, Azhan menerima Anugerah Khas Juri pada penganjuran Anugerah Telenovela 2019.
BACA: "Semoga Bukan Anugerah Kesian Sebab Ini .." - Watak Ustaz Hamadi Beri Kemenangan Lagi Kepada Azhan Rani
#pelakon #Pelakon #Shahrulezad #Azhan Rani