Pelakon Syed Ali dilihat meluahkan rasa marah terhadap seseorang yang berlagak diva dalam industri seni.

Merujuk kepada entri di Instagram (IG) miliknya, Syed menyuarakan tentang masalah yang dihadapi artis sekarang.

Namun begitu, Syed melahirkan rasa syukur kerana telah membuat keputusan untuk melibatkan diri dalam bidang perniagaan.

"Isu artis takde job! Isu artis demand!

"Isu artis tarik diri dari bidang industy. Apa petandanya ni?

"Alhamdulillah..Saya tukar bidang kepada business dan alhamdulillah..

"Hasilnya hebat..Rezeki Allah itu luas.

"Jangan (korang) harap sangat dengan industry seni Malaysia ni.

"Oh artis diva? Just go to H!" tulisnya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat bersetuju dengan pendapat Syed kerana tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada industri seni.

Ko dapat payment pun ciput, tapi ko DIVA? who are u? hehe.. Selamat Hari Raya.. ?

A post shared by Syed Ali (@syedalitarmohd) on