Pelakon popular Shaheizy Sam berdepan situasi janggal ketika cuba memasuki restoran makanan mamak baru-baru ini.

Cerita Sam, dia pada mulanya ditahan oleh pekerja restoran terbabit untuk memeriksa aplikasi MySejahtera.

Namun selepas Sam membuktikan dia sudah lengkap divaksin, pekerja restoran terbabit pula yang gagal menunjukkan bukti dirinya sudah lengkap divaksin.

"Saya ada keluar sekejap tadi, saya lapar dan singgah kedai mamak. Masa nak masuk tu ada seorang 'anney' tu suruh tunjuk saya punya MySejahtera, nak tengok dah dua kali vaksin atau belum.

"Kita dengan steady keluarkan phone tunjuk MySejahtera, nampak fully vaccinated. Katanya saya boleh masuk.

"Saya tak masuk! Saya tanya dia pula, sekarang saya nak tengok you punya MySejahtera, sudah dua kali vaksin atau belum?

"Tak ada! Phone dia katanya bos pegang. Tak gentle! Kau nak tengok aku punya, aku dah tunjuk, aku nak tengok kau punya tak ada!

"Soalannya, betul ker ni dah divaksin?" tanya Sam.

A post shared by Shaheizy Sam Samad (@shaheizy_sam)


Aktiviti 'dine-in' atau makan di restoran dibenarkan kepada individu yang lengkap divaksin di negeri Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuat kuasa 20 Ogos lalu.

Selain pengusaha premis kedai makan disarankan menyediakan lebih banyak ruang tempat makan di bahagian luar premis, mereka juga perlu memastikan individu yang memasuki premis dine-in memaparkan sijil digital vaksinasi COVID-19.

Pelanggan juga boleh meminta pengusaha restoran dan pekerja mengemukakan pengesahan lengkap dua dos vaksin COVID-19 dalam aplikasi MySejahtera susulan kebenaran dine in di premis mereka.