“Kau Punya Pasal, Aku Gaduh Dengan Bini!”- Fizi Ali Marah Issey

Syafiqah Jalal
Januari 21, 2019 04:24 MYT
Penyampai radio Suria, Fizi Ali berang apabila tips memujuk isteri yang diberikan rakan penyampainya, Issey tidak berjaya.
Menurut Fizi, Issey memberitahu lagu single terbaharunya berjudul Alololo boleh digunakan untuk memujuk pasangan yang sedang marah atau merajuk.
Bagi menguji apa yang dikatakan Issey, Fizi telah dengan sengaja mematahkan pokok kesayangan bininya.
Tindakan Fizi telah menbuat Shakilla betul-betul marah dan terus merajuk meninggalkan suaminya biarpun lagu Alololo sudah didengarkan.
Fizi kemudian memberitahu dia berang dengan Issey dan menuduh rakannya itu telah menipunya kerana percubaan itu gagal.
“Issey ko punya pasal aku gaduh ngan bini aku...siot ahh..alololo apooo!!hmm sorry sayang...” tulisnya.
Fizi berkongsi perkara itu di akaun Instagram (IG) miliknya.
Menerusi entri tersebut, Fizi memuat naik video uang menunjukkan percubaan tersebut.
Issey kemudian membalas entri tersebut dengan seloroh memberitahu Fizi salah menggunakan lagu
“Aduh...kau ni salah guna lagu Alololo ni ahahaha,” tulisnya.
Rata-rata pengikut terhibur dengan gelagat mereka.
#pelakon #Pelakon #Fizi Ali #Gaduh #Shakilla Koriri #Issey