Sejak episod minggu lalu, ramai yang tertanya-tanya apakah nasib Khay selepas jari-jemarinya dilenyek dengan menggunakan lesung batu oleh ibunya sendiri, Erma.

Rata-rata memberikan bayangan bahawa Erma semakin tidak berhati perut kerana sanggup melihat darah dagingnya sendiri menderita demi kepuasannya sendiri.

Sunggupun begitu, ada juga penonton yang ingin mengetahui apakah yang bakal dilakukan oleh dua sahabat Khay yang dikenali di alam maya, iaitu Esra dan Syafiq.

Menerusi komen-komen yang ditinggalkan di sedutan I-Tanggang di Instagram Astro Shaw, ramai yang sakit hati dengan kelakuan Erma.

A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw)


“Mental betul tengok cerita I-Tanggang ni. Memang patut pun anak dia bunuh mak dia,” tebak netizen mengenai identiti pembunuh Erma pada penghujung cerita.

“Erma, kalau aku jumpa kau, dah lama aku belasah dengan kau! Kau tak layak untuk jaga Khay macam tu! Kau sepatutnya mati, bukan Khay! Kalau bekas suami kau dapat tahu, kau akan menyesal seumur hidup! Kau tunggu!” begitu marah penonton terhadap Erma.

Apakah yang bakal berlaku pada Khay dan adakah Khay dapat diselamatkan oleh rakan-rakannya? Jangan lupa saksikan I-Tanggang malam ini.

I-Tanggang mengisahkan tentang Khalil Rayyan atau Khay, penghidap kanser yang memerlukan kerusi roda untuk bergerak. Erma, ibu kepada Khay pula merupakan seorang influencer (pempengaruh) media sosial, penulis buku dan penjual minyak aromaterapi yang berjaya.

Konflik tercetus apabila Khay bertemu dengan dua rakan virtualnya, Royal-E (Esra) dan CapeqRyder (Syafiq) lalu menubuhkan kumpulan sembang ‘I-Tanggang’.

Dilakonkan oleh Faizal Hussein, Sherie Merlis, Danish Hazriq, Nadhir Nasar, Emma Sofea, Emelda Rosmila, Wan Raja, Zarina Zainuddin, Sofia Jane dan Andy Teh drama I-Tanggang disiarkan setiap Isnin, bermula 13 September 2021 pukul 9 malam di Astro Citra.

***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!