"Kau Tu Dah Tua! Tak Payah Sibuk Nak Style Sangat"- Gaya Pakaian Sheila Rusly Dikritik

Rozaimi Zubaidi
Mac 21, 2018 07:08 MYT
Pelakon dan penerbit drama Sheila Rusly meluahkan rasa terkilan apabila ada pihak mengkritik gaya pemakaiannya.
Menerusi entri di Instagram (IG), Sheila Rusly mengakui tidak mengetahui punca sebenar pihak terbabit berkata demikian kepadanya menerusi ruangan 'Direct Message" (DM) di akaun media sosial.
"Netizen DM sis “Kau tu dah tua! Tak payah sibuk nak style sangat!” cantik betul bahasa dia. Ha ha ha aku ketawa.
"Kenapa manusia perlu ada perasaan benci pada manusia lain sedangkan manusia itu tak kacau hidup LU pun!.
"Life is too short. Tak payah mencari salah orang je," tulisnya.
Rata-rata peminat turut mengecam tindakan yang dilakukan oleh pihak terbabit dan mengakui pakaian yang digayakan oleh Sheila Rusly tidak mempunyai sebarang masalah.
"@fyhannah_: Cemburu la tu kak. Macam orang cakap 'fashion have no limit" walaupun dah berusia apa salahnya kalau masih ada style. Janji tak bercanggah dengan agama Islam."
"@laili33: Apa masalah degan pakaian yang dipakai oleh Sheila Rusly? Cantik dan sopan apa. Untuk yang kecam tu 'please go get a life."
"@noi_nadyaE: Dia dengki tu sis makin gojes. Busuknya hati dia kan. Tak sangka ada juga manusia macam tu."
"@amiee_nur" Abaikan jer sis. Fesyen tak mengenal usia. Mungkin dia ada masalah jiwa tu kak Sheila Rusly."
#pelakon #Pelakon #Penerbit #Sheila Rusly