Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Hiburan

"Kau Tunggu Aku Kat Akhirat Nanti..." - Adibah Yunus Naik Hantu Wujud Page Guna Namanya

Zulaikha Yusof 13/09/2019 | 03:57 MYT
Pelakon Adibah Yunus berang apabila wujud akaun palsu yang menggunakan namanya di laman sosial.
Tegas Adibah, akaun terbabit bukan miliknya malah meminta peminat supaya melaporkannya kepada pihak Facebook.
"Tempe ku hitam sehitam hati kamu wahai pemilik fake akaun 'adibah yunus' di page!!
"Kenapa dah report banyak kali tapi still ada? Pasal duk fikir fake akaun kau buat tu habis kerja aku, duk goreng tempe sampai hangus.
"Kesian followers yang dok percaya, Diba takda akaun facebook, tolonglah report fb page ni! Ke Diba kena buat polis report," tulisnya.
Luahan itu dibuat menerusi sebuah entri di akaun Instagram (IG) miliknya semalam.
Tambah pelakon drama Petua Nenek ini, pemilik akaun terbabit turut memuat naik foto lamanya sebelum berhijab.
"Dia layan semua orang yang komen kat situ, upload semua gambar lama yang Diba post dari Instagram ni!
"Kau tunggu aku kat akhirat nanti setan!! Apa yang kau dapat buat fitnah macam ni," tulisnya lagi.
Adibah mulai aktif di industri hiburan pada tahun 2010 dan bernaung di bawah syarikat pengurusan MIG.

Tempe ku hitam sehitam hati kamu wahai pemilik fake acc 'adibah yunus' di FB Page! ! ! Kenapa dah report byk kali tp still ada? Pasal duk fikir fake acc ko buat tu habis kerja aku, duk goreng tempe sampai hangus ??? kesian followers yg duk percaya, DIBA TAKDE ACC FB, TOLONG LAH REPORT FB PAGE NI! DIA LAYAN SEMUA ORG YG KOMEN KT SITU, UPLOAD SEMUA GMBR LAMA YG DIBA POST DARI IG NI!! KAU TUNGGU AKU KT AKHIRAT NNT SETAN! APA YG KO DAPAT BUAT FITNAH MCM NI? #ADIBAYUNUSTAKDEFACEBOOK #TOLONGREPORT #TOLONGREPORT KE DIBA KENA BUAT POLIS REPORT???

A post shared by Adibah Yunus (@adibayunus) on

#pelakon #Pelakon #Adibah Yunus
;