Diam tak diam nampaknya sooka original series, Kau vs Aku ini sudah memasuki episod keenam.

Pelbagai konflik dan dugaan yang berlaku pada karakter utamanya iaitu Danish.

Dalam episod enam ini juga dapat dilihat perkembangan hubungan antara Zaf dan Nina. Jika sebelum ini konsepnya seperti 'mahu tapi malu' namun kali ini tidak ya.

Bagi yang tidak sempat menonton lagi, ini antara yang berlaku di episod keenam Kau vs Aku.

Perangai licik Hannisya nak rampas boyfriend Aulia

Episod keenam menyaksikan perangai licik Hannisya yang pura-pura meminta tolong Danish kononnya terjatuh di bilik air.

Namun lain pula jadinya apabila sahabat Danish, Ashraf (ehem suka Hannisya ke tu) pula menawarkan diri untuk menolong Hannisya.

Rupanya Hannisya yang berada di dalam tab mandi sudah membuat perancangan untuk perangkap Danish namun tidak menjadi.

Rancangan kemudiannya ditukar dan Ashraf menjadi mangsa dengan cuba menggoda kawan Danish yang nerd.

Ayat memberi harapan yang digunakan Hannisya adalah “I rasa kita patut couple lah.” Licik kan Hannisya ni.

Confession Zaf & Nina

Selain itu episod keenam ini juga menyajikan sesuatu yang sweet tetapi cool untuk penonton di mana Zaf meluahkan rasa cintanya terhadap Nina.

Paling best apabila luahan hati itu tidak cringe dan hanya berlaku secara spontan diselitkan juga dengan sedikit lawak. Memang cool guy lah Zaf ni.

Faham tak perasaan yang macam tengah main game, borak-borak lepas itu tiba-tiba dapat tahu ada orang tu pun suka kita juga ha terus jadi boyfriend tau. Love!

Paling lucu, selepas meluahkan perasaan Zaf sempat buat lawak konon-konon sesak nafas sebab nervous sangat. Hahaha cute lah Zaf ni.

Danish nak kena balik Melbourne?

Danish terkejut apabila ibunya menyatakan hasrat bapanya yang ingin kembali bersama dan membawa mereka pulang menetap di Melbourne.

Danish membantah dan tidak bersetuju dengan permintaan itu selepas melalui semua kejadian pahit yang berlaku dalam hidupnya lebih-lebih lagi melibatkan ibunya.

Nak tahu apa yang jadi lagi? Kenalah tonton episod penuh Kau vs Aku ni.

Kau vs Aku ini merupakan novel Watpadd Webtoon Studios karya Nurul Husnina Mockthar.

Lebih menarik lagi, karya Husnina atau lebih dikenali sebagai Shieyruna ini mencatatkan lebih 2 juta bacaan di platform tersebut.

Kau vs Aku ini juga mendapat kerjasama PUBG Mobile.

Bagi yang terlepas, saksikan Kau vs Aku di aplikasi sooka.my manakala episod baharu ditayangkan setiap Jumaat.