Hiburan
Kawan Hilang Bila Dah Kahwin? Ini Luahan Hati Luqman Hafidz
Pelakon Luqman Hafidz menulis sebuah coretan panjang lebar berkenaan hubungan persahabatan antara rakan-rakan lelaki yang mula berubah selepas berkahwin.
Seakan bait-bait lirik lagu rap, Luqman memuat naik catatan terbabit di laman Instagram miliknya menerusi sebuah entri terbaru untuk tatapan umum.
"Kawan hilang bila dah kahwin? Bukan nak cakap yang masih lepak itu win, lebih kepada membincangkan terputusnya silaturrahim.
"Dulu sebelum korang kenal kami kawan-kawan yang push lebih, “Pergi lah mintak nombor nanti melepas kau yang sedih”, tak menjadi kau nak give up kami sekeh, “mana tau dia jodoh kau, yang mahal memang selalunya susah weh”
"Zaman dating kami pun tumpang pening, ye lah time tu kan banyak dugaan berpusing-pusing, kena tempias, kami suara paling nyaring, “kau putus kau bongok, tengoklah esok dia cari lain”
"Alhamdullilah selamat sudah bersanding berdua, kami semua senyum sampai ke telinga, tumpang bahagia hari indah lagi mulia, sempat bisik “malam ni tidur awal la brother?”
"Tapi sayang lepas tu langsung tak bersua, sebulan sekali belum tentu jumpa, faham baru lepas kahwin korang perlukan masa, nak settle down ziarah jumpa semua sanak saudara.
"Ya sudah ada tanggungjawab baru, ada mulut nak suap ada yang nak rumah dulu. Ada yang pindah jauh beribu batu. Masih dalam WhatApps group kawan kawanku, tapi kini sepi diam membisu.
"“Sorry lah kau fahamlah isteri aku bising”, aku angguk tanda setuju dia dulu baru yang lain, “takpelah kita lepak bila hal genting”, utamakan keluarga itu yang paling penting," tulis Luqman.
Tambah pelakon yang mula dikenali menerusi filem Ola Bola ini, coretan yang dibuat bukanlah untuk menyokong pihak suami semata-mata.
"Bukan nak cakap yang kau dah lupakan aku, lebih kepada kawan kau sekarang ni rindu, terkenang apa yang kita pernah ada dulu, rindu gelak tawa bila kongsi segala sendu. Setiap kali nak balik mesti chicken dinner dulu.
"Coretan ni bukan nak back up si suami, hanya nak cakap hello dekat si isteri, nak share kisah persahabatan kami, yang terbina sebelum korang jadi laki dan bini, ketahuilah apa pun yang jadi, doa sahabat ini sentiasa mengiringi.
"P/S: bolehlah tag isteri masing-masing kalau nak lepak hujung minggu ni. Kena tembak balik tanggung sendiri," tulisnya lagi.
Di ruangan komen, ramai peminat yang mewakili kaum lelaki bersetuju dengan apa yang diluahkan oleh Luqman.
Rakan Luqman, aktor Hafidz Roshdi sempat meninggalkan komen jenaka di ruangan komen dan menyarankan agar Luqman berkahwin.
Ada juga peminat yang memuji catatan Luqman dan menyarankan pelakon ini menyertai program yang menampilkan penyanyi rap, 16 Baris.
Luqman mula menceburkan diri dalam bidang lakonan semenjak 2016 menerusi filem Ola Bola The Movie dan terus aktif di arena seni tempatan sehingga kini.
Must-Watch Video